MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Thursday, 7 January 2016

Kisah Hidup Ipeng Menyentuh Perasaan

Kisah budak sekolah darjah 1 Bestari yang hidup serba kekurangan seperti yang dikongsi kan oleh cikgu Abdul Hafiz yang merupakan seorang cikgu mengajar di sekolah Ipeng.

Kisah hidup Ipeng mula menjadi trending di Media Sosial apabila cikgu Abdul Hafiz yang berkongsi kisah hidup Ipeng di hari persekolahan tahun 2016 bermula. Kisah beliau dikongsi oleh cikgu Abdul Hafiz di laman sosial bukan untuk meraih simpati atau bantuan tetapi memang ini lah sikap sebenar rakyat malaysia yang sangat prihatin di atas kesengsaraan hidup masyarakat. 

Kisah Ipeng turut mengamit naluri aku sebagai seorang manusia yang belum berkahwin. 

Foto : Abdul Hafiz
 

aku berharap Ipeng suatu hari nanti berjaya sehingga ke menara gading. belajar bersungguh-sungguh ya Ipeng. 

Friday, 1 January 2016

Google Tahun Baru 2016

Bila Browser Google ada 3 jenis katon yang comel. Sempena Tahun 2016 Google ada 3 jenis animasi binatang yang comel dan lucu.



Happy New Year 2016

Tak sedar tahun 2016 sudah menjelma dan baru sebentar tadi tahun 2015 telah melabuhkan tirainya. Kenangan Tahun 2015 banyak memberi kenangan terindah.



Tahun 2015 banyak memberi kenangan yang sangat mengusik jiwa. hahahaha

Apa pun tahun 2016 ini akan memberi sinar baru. Tekad dengan azam tahun baru. Mudahan tahun 2016 membawa banyak kebaikan dan aku mahu berubah.

Sunday, 13 December 2015

Gegar Vaganza 2: Apa kata finalis kalau menang RM100,000

Konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara.


Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Enam finalis tersebut ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Acong Sweetchild, Haiza, Farahdhiya dan Ezad Lazim bakal menyanyikan sebuah lagu secara solo dan di pusingan ‘battle’.

Bergelar juara merupakan impian setiap peserta, tetapi tahukah anda, apa rancangan mereka sekiranya memenangi hadiah wang tunai RM100,000?

Di bawah ini Astro Gempak kongsikan perancangan enam finalis jika berjaya membawa pulang RM100,000 pada malam Ahad ini:

Siti Nordiana

“RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang.”

Acong Sweetchild

“Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.”

Ezad Lazim

“Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki...Insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini.

Nassier Wahab
“Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua.”

Haiza

“Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak.”

Farahdhiya

“Menang RM100,000...Insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat.”


Sementara itu, naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.

Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim merupakan juri tetap program ini dan turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Jangan lupa saksikan siaran langsung GV2 yang dibawakan dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.

Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik!

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam satu siaran notis yang dikeluarkan syarikat itu, pemilik pesawat berkenaan gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.

"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.

"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.




Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM.

Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100.

Pesawat tersadai di KLIA: Pemilik tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Pemilik tiga buah pesawat yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) telah tampil ke hadapan dan membuat pengakuan sering berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Memetik laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson, berkata tiga buah pesawat itu sememangnya milik mereka sejak 8 Jun tahun ini.

"MAHB tahu tentang perkara ini kerana kami sudah sering berhubung dengan mereka berkenaan pesawat tersebut.

"MAHB bagaimanapun enggan membuat pengesahan pemilikan pesawat berkenaan kepada kami walaupun kami memiliki dan telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, termasuk resit pembelian," katanya.

Peguam, Syed Amir Ibrahim dari Syed Ibrahim & Co, yang menjadi saksi prosedur dokumentasi, mengakui kebenaran dakwaan Peterson itu ketika dihubungi The Star.

Peterson juga menjelaskan pihak mereka sedang menanti panggilan perjumpaan daripada MAHB untuk menyerahkan lebih banyak dokumen berkaitan pemilikan tiga pesawat berkenaan.

Namun mereka dikejutkan dengan penyiaran notis yang meminta pemilik datang menuntut pesawat tersebut.

Swift Air Cargo buat masa ini dikenali sebagai Splunk n’ Dash Sdn Bhd, sementara menanti kelulusan perubahan nama itu daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Isnin lalu, MAHB menyiarkan notis agar pemilik Boeing 747-200F itu tampil dan menuntut pesawat-pesawat berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kesemua pesawat itu dijual atau dilupuskan.

Tuesday, 24 November 2015

#kipidap has landed in Kuching

KUCHING: Eccentric figure Abdul Rani Kulup, the president of Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), was spotted by passengers on an inbound AirAsia flight from Kuala Lumpur to Kuching today (Nov 23).

He landed at Kuching International Airport (KIA) at 6.05pm dressed in his MJMM uniform, sporting his red beret and a dragon-headed staff.

Abdul Rani, who was travelling in a group, told a curious passenger, 34-year-old teacher Irwin Cartland, that he was in Sarawak to meet up with friends.

It is not known whether the army veteran has official business here.

Abdul Rani first made headlines when he threatened to punch anybody who was critical of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He is known for lodging numerous police reports against activists and opposition leaders.

In May, he was reported saying that he had lodged up to 1,000 complaints since 2011 and declared he was proud of it.

The burly man, who is never seen in public without his trademark sunglasses, also participated in the “red shirt rally” on Sept 16.

MJMM is known for its anti-liberal stance and had, in the past, urged the authorities to punish activists and opposition leaders critical of the ruling Barisan Nasional (BN) government.


Read more: http://www.theborneopost.com/2015/11/23/kipidap-has-landed-in-kuching/#ixzz3sPYf3Abg

Loading...
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang