Sunday 2 November 2014

Syurga Tanpa Cinta


PETALING JAYA: Drama bersiri Syurga Tanpa Cinta yang bersiaran menerusi slot Widuri TV1 bermula pada 28 September lalu menjadi drama pencarian nombor satu yang ditonton menerusi Video On Demand Myklik RTM.

Drama arahan Micheal Ang itu mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 991 penonton dan dibarisi pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora dan Marsha Milan Londoh.

Memasuki episod keenam bersiaran, drama Syurga Tanpa Cinta boleh ditonton setiap Sabtu dan Ahad pukul 7 malam di TV1.

Sementara itu, drama Pulang Sayang menduduki tangga kedua pencarian tertinggi diVideo On Demand dengan 712 tontonan.

Diikuti drama Mencari Cinta, Hanna Raudhah, dan Asparagus dengan masing-masing mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 680, 673 dan 473 tontonan.

Penonton setia RTM yang terlepas untuk menonton drama-drama terbaik di saluran TV1 dan TV2 boleh layari laman sesawang di www.myklik.rtm.gov.my dan tonton semula drama-drama kegemaran anda.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang