Tip Ketika Melancong atau Bercuti


Tips Melancong Keluar Negara


  • Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. sila klik http://sspi2.imi.gov.my/ .
  • Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.
  • Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.
  • Pastikan Tiket Pesawat anda sudah ditempah terlebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. ini boleh menjimatkan perbelanjaan anda. biasanya syarikat penerbangan akan membuat promosi awal sebelum penerbangan. 
  • Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. anda hendaklah membaca terlebih dahulu dan fahamkan terma dan syarat sebelum membuat tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju.
  • Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. jangan lupa anda hubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. jangan lupa ya bagi no telefon bimbit anda.
  • Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti.
  • Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi.
  • Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.
  • Sila patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati.
  • Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti.
  • Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan. kongsi lah dengan kawan-kawan atau keluarga anda. 
  • Paling penting bawa balik Ole Ole untuk sahabat handai tau...hahahahahahah
Selamat Bercuti dan Melancong

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang