Tuesday 28 October 2014

Sedia Lebih Awal




Johor Bahru: Dakwaan hasil kajian bahawa hampir dua juta penduduk di 12 kawasan yang berisiko kehilangan tempat tinggal menjelang 2100 berikutan peningkatan air laut dianggap relevan dan usaha perlu diambil kerajaan bagi mengatasinya.

Ketua Jabatan Seni Bina Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mahmud Mohd Jusan berkata, sejarah membuktikan bahawa kenaikan paras air laut boleh menenggelamkan kawasan rendah.

“Jika kenaikan air ini menjejaskan penempatan manusia, maka ia memberi indikasi kepada kerajaan untuk mengambil perhatian yang sangat serius dan wajar bersiap sedia lebih awal.

“Kerajaan perlu kenal pasti penduduk yang bakal terjejas dan bagaimana budaya mereka kerana jika berlaku keperluan untuk berpindah, maka mereka tidak menghadapi kejutan budaya atau masalah perubahan tempat tinggal.

“Isu ini penting untuk ditangani kerana ia masalah besar dunia seperti peperangan dan bencana alam,” katanya ketika ditemui di UTM di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4645?m=1#sthash.HGtkQQJV.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang