Saturday 15 September 2012

Panas bagai dipanggang


Hari sabtu 15.09.2012 aku balik kampung menggunakan boat express dari Kuching Ke Sarikei. Untuk sampai ke kampung halaman aku kena naik lagi satu lagi boat express dari Sarikei ke Daro. boat dari Sarikei ke Daro tidaklah sebesar boat dari Kuching Ke Sarikei. sebab boat express dari Kuching ke Sarikei kena melalui Laut Cina Selatan jadi haruslah besar.

Seperti gambar di atas tu lah boat express dari sarikei ke Daro. mengambil masa 1 jam 30 menit. kalau tak singah-singgah. aku berangkat ke daro jam 2:30pm. 

nak dijadikan cerita, punyalah panas dalam boat express tu. pemilik express tu buat tak tahu je penumpang dalam kepanasan. bagai nak dipanggang. Nama express tu Bobo No 6. aduhhhhh kalau ada angin tak apa juga. angin pun tak ada..

ada seorang tua dalam boat tu berleter " Kalau macam ni lah ramai orang tak nak naik lagi" aku sokong pak cik .. aku cakap dalam hati jer. sebab lepas ni nak update kat dalam blog.

aku terfikir, kalau lah airkon tu rosak kenapa tak baiki? keselesaan penumpang itu penting. interior kat dalam boat express juga seram. pintu ditinted. sekali pandang memang seram. tingkap nya kecil.  walaupun sejak kecil lagi aku sering guna pengangkutan ini. tetapi ini paling tidak selesa. manusia asik mengejar untung sahaja. kata org tak berkat. kita berniaga atau menyediakan perkhidmatan hendaklah ikhlas. bukan sekadar untung semata-mata.

aku sepanjang perjalanan nak ke Daro memang berpeluh macam sauna. Aku BBM dengan kawan aku tentang kepanasan dalam boat express. perh,,, basah siot baju...sampai kat rumah aku masih membebel juga boat ni.

Next Time Kena Check Dulu.. Airkon nya berfungsi atau tak....


0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang