Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.
Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:
PERINGKAT | KADAR FAEDAH | KELAYAKAN |
---|---|---|
I | 13.5% setahun | Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. |
II | 16% setahun | Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan. |
III | 17.5% setahun | Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan. |
* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank
Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda.
Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:
Babak A:
- Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
- Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
- Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyakRM2,752.08.
Babak B:
- Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
- Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
- • Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyakRM3,896.83
Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star pada bulan November 2012, ramai graduan universiti di Malaysia telah diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.
Kami di iMoney percaya hanya ada satu cara anda boleh elak babak yang parah seperti ini, iaitu dengan membayar bil kad kredit anda!
0 comments:
Post a Comment