Thursday 16 July 2015

1 Syawal



Sedar tak sedar 1 syawal akan menjelang esok. Aku baru je sampai di kampung pukul 8:00mlm setelah mengharungi laut cina selatan selama 4 jam dari Kuching ke Sarikei. Sampai di sarikei adik aku jemput dan naik kereta bersama adik ipar dan anak buah aku yang penuh dengan wajah ceria.

Kami mengambil jalan alternative untuk menggunakan laluan Sibu/Mukah/Matu memandangkan laluan Sibu/Serdeng/Daro dikhabarkan barisan kereta di Ferry Serdeng dan Ferry Daro panjang berjela-jela dan mengambil masa sejam untuk melepasi ferry tersebut.

Percaturan kami adalah terbaik menggunakan laluan yang jauh tetapi tidak menghadapi kesesakan di ferry. 

sempat singgah di bazaar ramadhan di Mukah membeli juadah untuk berbuka puasa dalam kereta nanti.


0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang