Tuesday, 18 August 2015

Mulberry Ku berbuah ketika masih di semai

Hari ini memang aku tidak menyangka, batang pokok mullberry yang aku semai awal bulan Ogos tetiba je berbuah. nak di jadikan cerita baru semalam aku bersama adik beradik dan sepupu aku sembang dalam group whatapps sembang pasal mullberry. adik aku kata 2 bulan nanti berbuah lah mullberry aku. takkan berbuah masih kecil belum besar pun pokok nyer.

Ahad hari tu, sepupu aku baru juga ambik pokok mulberry dengan aku sempat sembang-sembang. topik kami kat whatapps macam petani profesional hahahaha..

aku mula minat bertanam pokok herba sebelum puasa lagi. entah kenapa minat bertanam ni dah mula bercambah. 



gambar ni aku ambik tengahari tadi. wah gembira tau lihat mulberry berbuah. rasa seronok sebab pertama kali lihat buah nie. adik aku apa lagi terkinja-kinja whatapps nak minta satu pohon. hahahaha...


pokok yang ini mulberry juga. tapi bukan yang dalam polibag tue. yang ni aku tanam sebelum yang dalam polibeg tu. yang ni aku tanam waktu bulan puasa hari tu. tak ada kerja hujung minggu korek korek tanam.. ala ala ketuk ketuk ramadhan hahahha.... 

yang aku cemburu dengan adik aku dia tanam anggur. anggur dia nie hidup lagi. hahahaha hari tu dah mati kata nya. tetiba jew hidup. balik..tu sebab aku cemboro...




nanti aku balik kampung aku snap lagi anggur adik aku tanam nie. dah besar ke atau mati lagi.. hahahahahha jumpa lagi di lain cerita... cerita asal pasal Mullberry melelat pulak ke pokok anggur


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Loading...
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang