Sunday 30 August 2015

Projek Belakang Rumah

Sejak kebelakang ini minat aku semakin menjadi jadi dengan projek belakang rumah. aku kata ini mungkinsatu minat atau hobi pun boleh. 

aku boleh katanya semua bermula dengan enzyme. hahaha aku mula membuat enzyme bila kawan satu opis aku kata "eh kalau you rajin, kulit limau ini boleh jadi enzyme campur dengan gula merah " sejak itu aku buat kajian sikit kat google. jumpa lah kaedah buat enzyme. Tempoh nak buat enzyme ni senang peram 3 bulan paling minimum.

aku taklah nak cerita pasal enzyme. aku terbaca kat google enzyme ini bagus untuk dijadikan baja tumbuhan. Masa aku tengah peram enzyame ni tuan punya rumah sewa aku ni ada tanam pokok cili. tapi dah nak mati. aku dah angan-angan nak cuba kat pokok cili dia. hahahha tetiba pokok cili dalam pasu tu Pak Aji Kasim (tuan punya rumah sewa) buang pulak.. 

tanpa aku sedari aku ada tanam pokok belalai gajah yang aku mintak dengan budak opis aku. hahahaha bukan nak tanam betul-betul pun. saja nak suruh orang sibuk kasi kat aku. 


Nampak tak perbezaan nya. aku siram air di campurkan dengan enzyme yang aku buat. hahahah sampai sekarang pokok belalai gajah nie subur berdaun lebat. sejak itu lah minat aku nak main tanam - tanam ni timbul.

Mula-luka aku nak explore tanaman apa yang sesuai untuk di tanam. Aku buat keputusan nak tanam pokok herba. Google sana sini lah. Jumpa lah Rosemary, Oregano, Pudina, Basil, Habatus Sauda dan macam macam lagi.



Di awal projek belakang rumah
lihat lah lokasi tempat aku bercucuk tanam. hahahahaha.. gambar kat bawah ni selingan je. iklan jap... tu pokok anggur yang adik aku tanam depan rumah kat kampung. 


yang kat bawah ni pokok pudina ... ala kecik je kan.dalam pasu tu adalah hampas enzyme aku letak...konon nya baja kan...

Sebelum berenzyme


selepas berenzyme

lihat lah beza nya subur nya berdaun lebat. sekarang nie aku dah mula menyemai dalam poli beg pudina nie. nak jual...



nanti aku cerita pula apa yang aku tanam seterus nya,,,







0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang