Thursday, 6 November 2014

Buli: Dua pelajar disingkir dari asrama anak yatim di Perlis

KOTA KINABALU - Dua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli seperti yang tersiar menerusi klip video di laman sosial baru-baru ini telah diambil tindakan.

Mereka telah disingkirkan dari asrama Anak Yatim Kompleks Penyayang Jejawi, Perlis, tempat kejadian itu berlaku.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata. kejadian itu yang berlaku pada 24 Mei lepas melibatkan tujuh penghuni asrama berkenaan.

"Kes itu sudah selesai. Kementerian Pendidikan memandang serius isu buli yang perlu ditangani tanpa tolak ansur. Tindakan tegas akan diambil dalam kes seperti itu termasuk menyingkirkan pelakunya daripada sekolah dan asrama," katanya di sini hari ini.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz3IHbUd9be 
Hakcipta terpelihara 

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang