Thursday 8 October 2015

Balasan tipu umrah

Melaka: Seorang wanita dihukum penjara 74 bulan 12 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memperdaya dua wanita dengan menawarkan pakej umrah dan pelancongan pada November 2013.


Tertuduh, Lailatuqad Bahri, 29, dari Bachang, di sini, dijatuhi hukuman itu dalam dua prosiding berasingan.

Pada prosiding yang dijalankan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik, tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu menipu Nurul Ashikin Rashid, 35, dengan menawarkan pakej umrah yang tidak wujud dan dengan curangnya, mendorong beliau menyerahkan wang berjumlah RM4,764 secara serahan tangan yang dilakukan oleh Hilman Kamarudin (suami Nurul Ashikin) kepada Bahri Khamis di Jalan Kundang Taman MGBM Bachang, di sini, pada 6.45 petang, 22 November 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu mangsa sama dengan menawarkan pakej sama sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500 secara pindahan atas talian melalui Bank Islam ke akaun tertuduh.

Justeru, bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Faiezad Razali, merayu agar dikenakan hukuman minimum selain sudah menyesali perbuatannya.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang