Friday 21 August 2015

Jangan cuba rampas hak saya memimpin negara - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau berkata, mandat yang dipikul merupakan tanggungjawab seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya dalam status terbaharu di laman Facebook.

Dengan amanah yang telah diberikan, Najib melahirkan rasa bangga dan rendah diri memikul tanggungjawab berkenaan.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang