Wednesday 26 August 2015

Pesawat Maswing Terbabas di Mukah, Sarawak

Sebuah pesawat Maswing MH3552 yang berlepas daripada Miri tujuan Mukah, Sarawak hari ini terbabas semasa mendarat di landasan terbang Mukah kira-kira pada pukul 2:10 petang 26 Ogos 2015.

Pesawat Maswing tersebut jenis DHC-6 Series 400 dengan muatan berkapasiti 19 penumpang tersasar diatas kawasan rumput di sebelah kiri landasan.

Cuaca di Mukah semasa kejadian tersebut dilaporkan sedang mengalami cuaca buruk ditambah lagi angin yang kencang. Laporan awal pihak Jabatan Bomba Mukah, pesawat yang membawa penumpang dan anak kapal tersebut tidak mengalami kecederaan.

Penduduk di Mukah sempat merakamkan keadaan cuaca di bandar itu menampakkan ada pusaran angin atau lebih dikenali sebagai puting beliung di langit Mukah berdekatan dengan laut Mukah.








0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang