Tuesday 25 August 2015

Tanjung Malim catat IPU tidak sihat petang ini

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Tanjung Malim, Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada bacaan 101, petang ini. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 3 petang hanya satu kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat manakala 37 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana. 

Bacaan IPU sederhana dicatatkan di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (76) dan Cheras (81) selain di Seri Manjong, Perak (54). 

Bacaan itu turut dicatatkan di empat kawasan di Johor iaitu di Kota Tinggi (55), Larkin Lama (64), Muar (83), Pasir Gudang (72). 

Turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah dua kawasan di Kedah iaitu Alor Setar (51) dan Bakar Arang, Sungai Petani (masing-masing 82) serta Bandaraya Melaka (82) dan Bukit Rambai (86) di Melaka. 

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan iaitu Nilai (84), Port Dickson (82) dan Seremban (79) manakala di Pahang iaitu di Balok Baru (60) serta Jerantut (57). 

Tiga kawasan di Pulau Pinang iaitu Perai (51), Seberang Jaya 2 (76) dan Universiti Sains Malaysia (62) manakala dua kawasan di Sabah iaitu Kota Kinabalu (51)dan Tawau (59). 

Di Sarawak, lapan kawasan mencatat IPU sederhana iaitu Bintulu (61), ILP Miri (54), Kuching (89), Miri (54), Samarahan (83), Sarikei (60), Sibu (61) dan Sri Aman (77). 

Sementara itu, lima kawasan di Selangor iaitu Banting (80), Kuala Selangor (59), Pelabuhan Kelang (80), Petaling Jaya (72) dan Shah Alam (73) turut mencatatkan bacaan IPU sederhana, selain Kemaman, Terengganu (70) dan Wilayah Persekutuan Labuan (61). 

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 hingga 100 (sederhana), antara 101 hingga 200 (tidak sihat), antara 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka. - BERNAMA LAMAN 


sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

2 comments:

  1. ipu pun tak sihat ye

    Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

    ReplyDelete
  2. Tanjung Malim, my hometown, memang tiap kali jerebu antara kawasan yang terjejas teruk, mungkin sebab pinggir bandar besar iaitu KL, tapi antara sebab lain, debu tuh terperangkap kat tanjung malim sebab dia tak dapat bergerak ke pahang disebabkan oleh banjaran titiwangsa, pahang antara negeri yang paling susah jerebu nak sampai

    ReplyDelete

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang