Saturday 22 August 2015

Seniman Karim Latiff meninggal dunia

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Seniman veteran, Karim Latiff atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

“Jenazah sedang dimandikan di surau HKL dan akan dibawa ke rumah anak sulung kami di Taman Sierra Ukay, Ukay Perdana, Selangor. Pengebumian juga akan dilakukan hari ini selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak,” kata isterinya, Che Asma Hussain ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Allahyarham sebelum ini mendapat rawatan di HKL setelah disahkan menghidapi kanser tahap empat apabila doktor mengenalpasti ketumbuhan di beberapa bahagian badannya.

- See more at: 

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang