Friday 21 August 2015

Tip Melancong: 8 barang wajib ketika melancong

Tidak perlu bawa banyak barang. Paling penting ketika melancong adalah kualiti waktu yang anda habiskan di destinasi idaman.

Malah, barang yang banyak tidak menjamin percutian menyeronokkan. Bawa yang penting saja, mudah untuk perjalanan anda.

Bukankah apabila pulang nanti, banyak cenderamata yang mahu anda beli untuk semua orang? Entri kali ini adalah senarai semak barang yang ingin dibawa ketika melancong.

Powerbank

Sangat penting terutama untuk anda mengecas bateri telefon bimbit. Lebih besar kapasiti powerbank anda, ia lebih bagus. Anda tidak perlu risau bateri habis dan terlepas peluang untuk bergambar di tempat menarik ketika melancong. Bagusnya powerbank ini adalah kerana saiznya yang kecil dan tidak berat.

Kamera digital

Elok bawa kamera jika mahukan gambar yang lebih berkualiti. Ia adalah satu pilihan, jika telefon bimbit anda mempunyai perisian foto yang sudah cukup baik maka kamera digital tidak diperlukan lagi.

Long john atau heattech

Kalau anda mahu melancong pada musim sejuk atau di tempat yang mempunyai suhu dingin, long john adalah satu kemestian. Ia dipakai dalam bahagian baju untuk memerangkap haba.

Ia lebih mudah daripada anda membawa baju panas atau kot tebal (kecuali jika tempat yang anda pergi betul-betul sejuk). Materialnya adalah kapas dan akrilik.

Travel cooker

Sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal (bagi Muslim).

Dengan alat ini, anda boleh masak nasi dan mi segera, merebus, buat sup atau lauk yang ringkas. Paling penting, dapatlah jimatkan wang belanja untuk makan.

Alat pertolongan cemas

Tak perlulah bawa sekotak besar. Bawa yang asas saja. Pastikan ada plaster, minyak angin serta ubatan asas seperti untuk demam dan cirit-birit. Bawa juga pemyembur untuk mengatasi masalah kaki terseliuh.

Tisu basah

Walaupun nampak remeh, sebenarnya ia penting juga kerana tisu basah memudahkan urusan anda ke tandas atau untuk membersihkan muka. Bahkan untuk mengelap permukaan kotor, tisu basah sangat membantu terutama jika anda mempunyai anak kecil.

Travel adapter

Bukan semua palam sama seperti di Malaysia. Jadi, jika melancong ke luar negara alat penyesuaian ini sangat diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan palam.

Kelengkapan dandanan diri

Bawa yang perlu saja seperti berus dan ubat gigi serta pembersih muka. Sabun mandi dan syampu biasanya sudah disediakan pihak hotel. Jadi, buat apa hendak bawa macam-macam?

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang