Friday 21 August 2015

Rezeki jagung cawan


Georgetown: “Saya tak malu ikut suami dan berharap pelanggan kami bertambah,” kata Nor Diyana Samsuddin, 30, isteri kepada Nazri Marzuki, 29, yang menjalankan perniagaan menghantar jagung dalam cawan yang dipesan pelanggan.

Menurutnya, bukan dia sengaja mengikut suami, namun ada pelanggan terutama wanita takut melihat suaminya menghantar jagung kepada mereka.

“Saya mengambil pesanan dan mungkin mereka sangka saya yang menghantar hingga timbul kekeliruan.

“Disebabkan itu, saya terpaksa mengikut suami dan tidak kisah kerana susah senang kami bersama,” katanya.

Nor Diyana berkata, suaminya menggalakkan dia dan anak tunggal, Nur Dhiya Zara Faridah, yang berusia setahun tujuh bulan mengikutnya kerana bimbang meninggalkan mereka di rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang