Friday 28 August 2015

Syamel #AF2015 Ada Suara Emas, Tak Sangka Dapat Undian Rendah - Edry

Pengetua Akademi Fantasia (AF2015) Edry Abdul Halim akui terkejut apabila Syamel merupakan antara pelajar yang berada di kedudukan tiga terendah pada konsert mingguan #AF2015 Ahad lalu.

Menurut Edry, Syamel adalah antara pelajar yang sentiasa konsisten dan membuat persembahan dengan baik sewaktu konsert mingguan #AF2015.

“Sayanglah bila Syamel berada di kedudukan tiga dari bawah dan secara jujur memang saya terkejut kerana dia merupakan antara pelajar yang sangat konsisten persembahannya. 

“Tidak dinafikan kedudukannya itu adalah berdasarkan undian tapi saya juga tak dapat nak elak untuk rasa terkejut apabila dia berada di berada di kedudukan tersebut. 

“Pada saya, Syamel mempunyai suara emas yang saya rasa agak sukar untuk kita temui,” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus tamat konsert kedua #AF2015 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Selain itu Edry juga memberitahu faktor imej memainkan peranan yang penting untuk ‘memikat’ pengundi selain mempunyai suara yang merdu.

“Saya tak nafikan peserta lelaki undiannya lebih kepada pengundi wanita dan mungkin faktor imej juga memainkan peranan penting.

“Suara dah ada… Cuma saya rasa Syamel perlu membuat sedikit ‘grooming’ untuk memikat hati pengundi wanita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Edry juga menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Syamel suatu hari nanti.

“Saya lihat Syamel mempunyai bakat yang besar dan siapa tahu kami mungkin akan bekerjasama suatu hari nanti.” katanya tersenyum.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang