Tuesday 30 December 2014

QZ8501: Pesawat pecah ketika menyentuh air - Penganalisis

JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kini menampakkan hasil apabila sejumlah serpihan pesawat dan jasad penumpang ditemui manakala bayangan pesawat dilihat di dsar perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Penganalisis penerbangan, Alvin Lie, berkata daripada maklumat yang diperoleh setakat ini, boleh dirumuskan bahawa pesawat berkenaan terjatuh dan pecah ketika menyentuh air.

"Mungkin ia pecah ketika menyentuh permukaan air," katanya ketika dihubungi Detik.com, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat kemungkinan kecil pesawat berkenaan meledak di udara.

"Jika ia meledak di udara, pasti serpihan pesawat itu bertebaran," katanya.

Terdahulu, pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia menemui serpihan pesawat dan enam mayat dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 di Pangkalan Bun.

Tiga daripada enam mayat itu dibawa naik ke atas kapal perang KRI Bung Tomo.

Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Udara Indonesia turut terlihat bayangan pesawat di dalam laut. - Detik.com

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang