Sunday 4 January 2015

QZ8501: Empat bahagian besar pada pesawat ditemui

PANGKALAN BUN: Operasi mencari hari ini menemui empat bahagian besar pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas ke dalam laut hujung minggu lalu.

Bahagian utama pesawat jenis Airbus A320-200 itu ditemui di Laut Jawa di perairan pulau Borneo pada Jumaat dan Sabtu meningkatkan lagi harapan bagi menemui mayat-mayat dan perakam kotak hitam, penting untuk menentukan punca kemalangan tersebut.

Tiada mayat ditemui hari ini dengan jumlah yang telah ditemui kekal 30 mangsa ekoran laut bergelora yang telah menghalang operasi selaman, kata para pegawai.

"Ketinggian ombak yang mencecah 4-5 meter telah menghalang usaha pencarian di laut," kata ketua BASARNAS, Bambang Soelistyo kepada media lewat Sabtu.

"Sehingga kini, dengan kapal geo-survey yang memiliki keupayaan untuk mengesan objek di dasar laut, kami telah menemui empat bahagian yang lebih besar daripada pesawat yang kita cari," katanya.

Pegawai penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia, Toss Sanitioso berkata beliau berharap mereka akan dapat mencari kotak hitam yang sangat penting dalam beberapa hari.

"Ia seolah-olah bahawa mereka telah menemui bahagian utama (kapal terbang)," katanya kepada pemberita di Surabaya.


0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang