Monday 31 August 2015

Akademi Fantasia 2015 : Konsert Minggu ke 4

Pada minggu ini 10 Pelajar Akademi Fantasia 2015 #AF2015 diberikan tugas mendendangkan lagu kesesuaian dengan Vocal Mereka.

Konsert minggu ke empat ini dimulakan dengan Openg. Openg peserta dari Negeri Sabah ini diberi tugasan untuk mendendangkan lagu Suzana yang pernah dipopularkan oleh M. Osman.


Menyusul selepas persembahan Openg adalah Bila. Minggu ini Bila diberikan lagu Pelangi Senja yang dipopularkan oleh Stacy. Persembahan Bila memang menarik kerana diiringi oleh #‎CaliphBuskers‬.


Rachel pula sungguh bergaya dengan baju kebaya mendendangkan lagu Bahtera Merdeka. Bersesuaian dengan Sambutan Hari Malaysia Merdeka Ke 58 Tahun.


Lagu Bangkit nyanyian Aril telah dipikul oleh Sharul dengan gaya nya tersendiri. 


Iqwan pula mendendangkan lagu Fatwa Pujangga yang pernah dipopularkan oleh penyanyi asal nya S. Effendy. 


Sufi peserta tunggal dari Singapura pada musim ini diberi tugas untuk mendendangkan lagu Mana Mungkin daripada BLACK.


Persembahan Faroq malam ini penuh dengan Emosi sehinggakan vocal nya tidak terkawal. #‎KaliTerakhirKuLihatWajahmu‬ tajuk lagu yang didendangkan oleh Faroq minggu ini. Kehadiran 3 adik nya menambahkan lagi emosi.


Syamel memang sudah menampakkan taring nya sebagai Juara AF2015. Vocal nya memang terserlah. Minggu ini lagu Biarkan lah telah memberi cabaran kepada beliau.


Minggu ini Aziah mendendang lagu Terima Kasih Cinta. adakah Aziah mampu mengekal kedudukan?


Lisa pelajar dari Sarawak diberi tugasan mendendangkan lagu Bahasa Inggeris. Lagu Wrecking Ball dari Melly Cyrus merupakan peserta yang terakhir pada malam ini.



Nota :
Tiada Penyingkiran pada malam ini.aku dah agak dah minggu ini sambutan hari kemerdekaan tak akan ada penyingkiran. Namun nama Rachel dipanggil sebelum nya. menandakan Rachel adalah pelajar paling bawah setelah undian di tutup. Nasib Rachel baik minggu ini,







0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang