Thursday 13 August 2015

Nazir Razak bimbang dengan kejatuhan ringgit

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyatakan kebimbangannya mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit yang mencecah RM4 berbanding dolar Amerika, pertama kali sejak tahun 1998.



Gambar yang dimuatnaikkan oleh Nazir di laman instagramnnya 
“Masa yang teruk untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media antarabangsa yang negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik dan paling kredibel serta berpengalaman dalam menangani krisis, perlu diletakkan di hadapan pasaran dengan segera,” katanya di dalam laman Instagramnya.

Nazir juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 5 petang Rabu, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 pada Selasa.

Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan.

Hari ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara tidak akan menambat nilai ringgit seperti yang pernah dilakukan sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98 yang lalu.

Beliau berkata ini adalah kerana Malaysia mempunyai regim tukaran asing yang fleksibel bagi memudahkan penyelarasan ekonomi mengikut perubahan global.


0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang