Sunday 27 September 2015

Akademi Fantasia Separuh Akhir

wah sudah lama tak update blog nie sebab sibuk sangat dengan kerja dan aktivti. malam ini berkesempatan juga nak update walaupun lambat.

Minggu lepas aku tak sempat nak update konsert AF2015 sebab ada function dan Iqwan tersingkir minggu bertemakan Rock.

Minggu ini memang menarik sikit sebab ada lagu duet. Tadi diumumkan Syamel tersingkir tetapi telah diselamatkan oleh kuasa jury supaya tidak tersingkir.


Pusingan pertama tadi lagu single dan pusingan ke dua Duet.


Sufi membuat persembahan pembuka tirai minggu ini dengan mendendangkan lagu Raja Pop Jamal Abdillah “Berdendang Dalam Tangisan".


heheheh aku nak tergelak sikit lah Lisa minggu ni.. baju dia panjang berjela... macam baju pelajar AF yang betudung tu.. lupa aku nama dia..Lisa minggu ini mendendangkan lagu "Ku takkan bersuara"



Seterusnya Sharul mendendangkan lagu Bila Tiba dari kumpulan Unggu.


Bila pula mendengkan lagu Semoga Abadi dari misha omar. suara dia ni memang superb. Jangan nilai body.. nilai pada suara dan bakat.


Syamel memang lah suara superb. Aku memang suka suara dia. minggu ni dapat lagu Ibnor Reza -mimpi yang tak sudah.


Sejak akhir-akhir ini prestasi rachel semakin menurun. Tetapi patut dibanggakan dia masih bertahan sehingga separuh akhir. Minggu ini dapat lagu Fauziah Latif Teratai Layu Di Tasik Madu.


Lagi duet Sharul dan Bila ni mamang aku suka giler.. suara Bila yang power menghidupkan lagu ini..‘Like i’m gonna lose you” nyanyian dari Meghan Trainor.




Gandingan Lisa dan Rachel memang tidak menjadi lagu Frozen. aku juga setuju dengan pengkritik.


Syamel dan Sufi memang power. aku suka persembahan mereka berdua...lagu seruan memang best...

oklah itu saja mingu ini...

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang