Tuesday 28 October 2008

Pekerja Hotel Mencuri Barang Penginap Hotel

Suka aku mengimbau kembali kisah aku bersama 2 lagi kawan aku bercuti ke Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2007 yang lalu. walaupun sudah lama berlalui tetapi ingatan aku masih segar. Aku bersama dengan 2 lagi kawan aku bercuti ke Kota Kinabalu setelah sekian lama berhasrat untuk bercuti ke sana. Penulisan Blog ini bukanlah untuk memalukan orang Sabah. perkara yang berlaku seumpama begini di mana-mana boleh berlaku. tak ada tempat yang aman damai tanpa jenayah.



kami menginap di Hotel Reffesia di kampung air Kota Kinabalu Sabah. di awal kami sampai sudah mengalami masalah dimana bilik yang aku booking sebulan sebelum hari kami tiba tiada dalam rekod tempahan. aku memang membuat tempahan melalui surat rasmi untuk membuat tempahan. Pekerja di kaunter tidak tahu menahu pun pasal booking.

hari pertama, aku dan 2 lagi kawan aku berjalan-jalan disekeliling bandar KK. maklumlah pertama kali menjejaki di bandar negeri jiran. kawan aku sempat membeli banyak sourvenir memandangkan tak nak membeli last minit. aku biasa lah memang suka membeli last minit.

kejadian bilik kami diceroboh orang berlaku pada malam ke2 kami menginap di hotel tersebut. Malam itu aku dengan seorang kawan aku pergi jalan ke tempat hiburan. kawan aku yang seorang lagi memang tak suka. aku cadangkan dia rehat di bilik sahaja.

pada malam itu, dia juga keluar disekitar hotel dan meninggalkan kunci di kaunter seperti biasa. Bila dia balik ke bilik meminta kunci bilik. pekerja di kaunter memberitahu dia kunci sudah diambil. dia mememikirkan aku dan kawan aku sudah pulang. sampai di bilik dia mendapati pintu bilik terbuka dan membuka pintu bilik perlahan-lahan. mendapati bilik berselerak. dia mendapati Laptopnya hilang,

dia terus menelepon aku dan kawan aku suruh kami pulang ke hotel dengan kadar segera. mulanya aku fikir bergurau rupanya betul-betul. 

rupa nya memang kena curi barang kami dengan pekerja di hotel tu. lepas tu kami buat report polis di balai polis Karamunsing. 

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang