Friday, 31 October 2014

Pesawat tanpa tingkap



Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum.

Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang kurang gemar menaiki kapal terbang.

Tapi, apa yang cuba ditengahkan ialah sebuah pesawat masa depan yang tidak mempunyai tingkap yang membolehkan penumpang melihat awan, langit, gunung dan laut serta dilengkapi pelbagai kemudahan digital dan akses tanpa wayar tanpa batas.

Pesawat komersil generasi akan datang yang dicadangkan ini mungkin menyaksikan tingkap digantikan dengan skrin penuh yang membolehkan penumpang melihat pemandangan luar. Malah, penumpang juga boleh menghidup atau mematikan skrin paparan di tempat duduk mereka mengikut kehendak masing-masing serta melayari Internet.

Konsep awal pesawat tanpa tingkap adalah idea sebuah organisasi yang bekerjasama dengan beberapa syarikat di England untuk menghasilkan produk baru dikenali sebagai Centre for Process Innovation (CPI).

Direka berdasarkan teknologi yang digunakan telefon bimbit dan televisyen, CPI membayangkan bagaimana skrin definisi tinggi yang ringan dan besar berupaya memaparkan imej yang dirakam kamera di luar pesawat.

“Skrin akan diperbuat daripada diod cahaya organik atau OLED yang fleksibel seperti yang diperkenalkan syarikat elektronik LG, baru-baru ini.

“Jika kita berupaya menghasilkan OLED yang mudah lentur kita juga boleh mencipta paparan skrin yang fleksibel," kata Dr Jon Helliwell daripada CPI.

Katanya, konsep untuk pesawat berkenaan muncul selepas perbincangan bersama pihak industri aeroangkasa dan dijangka boleh menjadi realiti dalam 10 tahun lagi. - Guardian

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4968#sthash.UhVk7Xvu.dpuf

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Loading...
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang