Sunday 2 November 2014

Tragedi MH17: Nenek tiri Najib dan Hishammuddin dikenal pasti mangsa terakhir rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jenazah Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, iaitu nenek tiri beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenal pasti sebagai mangsa terakhir warga Malaysia dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Katanya, jenazah itu dikenal pasti di Belanda semalam.

Beliau berkata, kini lengkap senarai 43 mangsa rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

"Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Amsterdam kerana ahli keluarga mangsa menetap di sana," katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.

Siti Amirah adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang