Friday 26 December 2014

Bandung dan Jakarta TRIP

25 Disember 2014 badan aku masih terasa penat dan lesu balik dari lawatan sambil belajar ke Bandung dan Jakarta. Aku perlukan vitamin hahahaha untuk menyegarkan kembali badan aku yang letih ini. 

19 Disember 2014
Kami berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) atau singkatan KCH seawal jam 4:00am. Aku biasa nya memang datang awal sebab nak uruskan boarding pass para rombongan kak Kiah hahahaha. 

Pesawat kami adalah yang paling awal sekali pada pagi itu, kira kami ini merasmikan penerbangan pertama Pesawat Malaysia Airlines MH2547 KCH/KUL yang akan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 6:00am.

Kali ini aku cukup beruntung sebab tempat duduk aku 9A hot seat sebab duduk ditepi tingkap pesawat. Bila masuk sungguh mengecewakan tingkap dia separuh je sebab terlindung kerusi di seat 8A.

Kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) singkatan KUL pada pukul 7:40am. Memandangkan kami hendak menuju Kota Jakarta Indonesia kami berpindah terlebih dahulu dari terminal domestik ke terminal antarabangsa. 

Ramai yang beratur panjang di kaunter pertukaran,macam-macam wajah orang asing ada kat sini. Orang Malaysia kami je lah yang seramai 21 orang mencelah terselit di kelompok orang asing nak clearance imigresen.

Macam-macam kerenah dapat dilihat, ada yang potong barisan, ada yang lambat hendak boarding..selesai urusan imigresen Malaysia kami menuju ke Pintu B10 untuk penerbangan MH717 menuju Jakarta pada puul 10:15am.

Memang seronok sebab acara lawatan sambil belajar yang dianjurkan kelab Kekas ini adalah kali keempat. Berikut adalah sejarah penganjuran lawatan sambil belajar oleh kelab KEKAS.

2011
Lawatan Sambil Belajar ke Kota Pontianak Kalimantan Barat
Tiada Pemandu Pelancong ( Diuruskan Sendiri )

Koordinator 
Mr. Abdullah
Pn. Hjh Halina

2012
Explorasi Nusantara Ke Kota Pontianak Kalimantan Barat
Tiada Pemandu Pelancong ( Diuruskan Sendiri)

Koordinator KKA
Mr. Abdullah
Pn. Hjh Halina

2013
Lawatan Sambil Belajar 2013 ( Guangzho, Shenzhen & Hong Kong ) 

Tourist Guide 
1. Mr. Billy ( Wahtung Travel )
2. Mr. David ( Shenzhen )

Koordinator KKA
Mr. Tuanku Faizal
Mr. Hj Ahmad Mataral

2014
Lawatan Sambil Belajar 2014 ( Bandung & Jakarta )
Tourist Guide
1. Mr. Dani

Koordinator KKA
Mr. Abdullah
Pn. Hjh Halina

kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pukul 11:15am waktu Indonesia Barat. Selesai urusan imigresen kami telah dijemput oleh Mas Dani iaitu tourist Guide yang akan bersama kami sepanjang kami berada di Jakarta dan Bandung.

Memandangkan dalam jadual makan tengahari tidak disediakan, kami mengambil keputusan untuk menikmati makan tengahari dahulu sebelum berangkat ke Bandung. menurut Mas Dani Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam jika tidak berlaku kesesakkan. Selesai makan kami berangkat ke kota Bandung. Nampaknya nasib kami kurang baik kerana jalan terlalu sesak untuk menghala lebuh raya Jakarta Bandung. Lebih kurang 2 jam kami sesak untuk jarak 8KM.

Setelah mengharungi perjalanan sesak dari Jakarta kami berhenti sebenter di hentian 96KM. Kami mencari simkad, ada yang solat, ada yang mengisi perut dan aku tidak melepaskan peluang untuk membeli Tahu Sumedang 1000 rupiah satu. 

Setelah melepaskan penat duduk dalam bas selama 30 minit. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandung. Menurut Mas Dani lagi Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai di kota bandung. Nasib kami sekali lagi tidak baik, Sebaik keluar dari lebuh raya dan masuk ke tol Kota Bandung sekali lagi Jalan Mega Sesak. Kenderaan yang beratur panjang seperti hampir tidak bergerak  bas yang kami naiki untuk tempoh yang lama di tambah lagi hujan lebat mula turun di Kota Bandung.

Kami setelah mengharungi kesesakan selama 2 jam. kami terus di bawa untuk menikmati makan malam di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan sunda. sebaik sahaja selesai makan malam kami tidak sabar untuk berehat dihotel. Badan sudah penat ditambah letih.

kami check in di hotel Promenade di jalan cihampeles. Depan hotel ada pasar.. disebab kan terlalu letih aku rehat je d hotel...Good Nite


0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang