Sunday 16 August 2015

Anonymous Malaysia tidak lagi sepakat, sudah berpecah

KUMPULAN yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia yang membuat ancaman perang siber terhadap Malaysia baru-baru ini, dikatakan sudah berpecah.

Maklumat awal yang diperoleh Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia dengan CyberDEF Alliance, mendapati ancaman tersebut dipercayai bermotifkan wang dan politik.

Menurut wakil OWASP Malaysia, Fazli Azran, akibat daripada motif tersebut, Anonymous Malaysia sudahpun berpecah dan serangan kini dilakukan kumpulan baharu yang dinamakan Anonymous Malaysia Team.

Anonymous Malaysia dalam satu video yang dikeluarkan beberapa hari lalu menyatakan mereka tidak menyokong serangan tersebut kerana ia bermotifkan politik.

Walaupun Anonymous Malaysia cuba mendesak supaya serangan tidak dilakukan, Anonymous Malaysia Team terus berdegil dan mahu meneruskan serangan yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos ini.

Anonymous Malaysia Team kini sedang giat mengumpul penggodam dari China dengan menggunakan isu konspirasi kehilangan MH370 untuk menghasut mereka turut serta dalam serangan itu.

Selain China, Anonymous Malaysia Team turut mengajak penggodam dari Indonesia untuk menyerang laman web yang mempunyai kepentingan di Malaysia sekaligus melumpuhkan sistem rangkain internet di negara ini.

Pada 10 Ogos sebuah video diterbitkan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysiamengumumkan perang siber terhadap kerajaan Malaysia.

Laman yang menjadi sasaran utama adalah NajibRazak.com, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Serangan dilakukan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Anonymous turut mengancam untuk melancarkan serangan terhadap 150 laman web lain dalam tempoh 48 jam jika permintaan mereka ditolak.

CyberDEF Alliance merupakan kumpulan yang menggabungkan pakar dalam keselamatan siber dibawah CyberSecurity Malaysia manakala OWASP adalah badan amal global bukan berdasarkan keuntungan yang memfokuskan keselamatan perisian.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang