Saturday, 1 August 2015

Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370

KUALA LUMPUR: Model pergerakan bahagian pesawat boleh menjadi petunjuk kepada pencarian Penerbangan Malaysia MH370, kata Kapten (B) Rahmat Omar, Bekas Penyiasat Penerbangan TUDM.

Menurut beliau, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.

"Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kembali drift model (model pergerakan) berdasarkan kepada bahagian pesawat yang ditemui, berat dan sebagainya, dan lihat berapa lama ia telah hilang serta punca bahagian ini sebenarnya mula bergerak 17 bulan yang lalu," katanya kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu menunggu dengan lebih lanjut lagi pengesahan daripada pasukan penyiasat di Perancis.

Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat MH370 dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss memaklumkan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah konsisten dengan kawasan pencarian sebelum ini.

Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Loading...
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang