Thursday 13 September 2012

Kuching Dilanda Jerebu

Ini Bukan Bandar Kuching - Ilustrasi Jerebu Sahaja
wah Jerebu datang lagi melanda bandaraya Kuching. Matahari nampak merah merekah di angkasa petang ini. waktu pulang kerja tadi terasa bahang panas dipersekitaran dirasai oleh kulit aku yang halus mulus, putih gebu ini.

Waktu jerebu begini haruslah jaga kesihatan, kalau berjalan di luar haruslah atau digalakan memakai topeng muka. Murah je topeng muka ada di jual JUNRONG, TAI KONG, 100%, 20 Sen, BS Superstore dan macam macam tempat lah. Supermarket pun ada jual di kaunter casher tu. ada di pack pack. kalau nak lebih standard beli kat Guardian atau watson.

Tetapi kena tau cara nak pakai topeng muka. tak salah pakai topeng muka waktu jalan jalan. Aku suka sebab orang tak kenal kita waktu jalan jalan di pasar.. ahahahahhaha 

Cara Memakai Topeng Muka

Model yang aku curi ni dari google ni menggunakan topeng muka beli air oren dan tapau makanan diluar rumah. ini baru betul. cuaca jerebu ni boleh menyababkan kita batuk batuk dan tidak sihat. aku pun besok nak pakai topeng muka jejalan di pasar.

Pakai topeng muka waktu jerebu begini jangan lah salah guna pulak, aku sepak kepala hang. ada yang ambil kesempatan nak merompak, mengugut, mencuri dan sebagai. Tulah kerja lain tak nak buat. aku nasihatkan JANGAN BUAT BEGITU.

Dipasaran sekarang juga topeng muka macam-macam pattern atau corak yang kiranya menarik yang sesuai untuk aktiviti santai.. jangan mengada-mengada lak pakai time jerebu. kang kena terajang. contohnya:

Konsep Muka Senyum 24jam
Topeng muka ni aku namakan Muka senyum 24jam. mamat atau minah yang suka pakai topeng begini merasakan mereka tidak cantik atau handsome. mungkin ada kecatatan di wajah nya ada bisul besar. kalau korang jalan pakai topeng macam ni.. memang ramai yang ketuk kepala anda. silap hari bulan anda di tangkap polis. who know...topeng muka begini sesuai untuk acara sambut tahun baru. apa masalahnya .. aku kata begitu... sebab ini blog aku suka hati aku tulis lah. tak nak baca sudah.

Konsep Tutup Dahi
Topeng muka begini memag tak sesuai langsung untuk diguna waktu jerebu. Kita nak menggelakan menghidu udara yang tidak sihat yang dahi, pipi batang hidung di tutup apa hal pulak. hahahhaha hidu pakai dahi ke. Memang tak sesuai. Konsep tutup dahi bagai ni sesuai untuk majlis topeng topeng...dalam cerita banyak pakai topeng begini. dalam iklan LUX ada juga pakai topeng begini. Nak pakai? cari sendiri kat kedei-kedai.

Konsep Muka bertiga
Aduh yang ni topeng yang ada 3 muka. bukan talam 2 atau 3 muka tau. sebab topeng ni memang seram. kalau keluar malam pakai topeng begini kompem kena kejar anjing. sebab macam alien @ makhluk asing. kalau pakai time jerebu topeng begini kompem kena daulat. daulat tu kena teriak GILA. Kalau pakai sesuai dengan kegunaan nya tak gila.


Konsep Muka Jerawat Batu
hahahhahaha sekali pandang topeng ni memang memenuhi topeng muka yang sesuai untuk digunakan waktu jerebu. Tetapi ada pulok design macam mulut busuk wajah jerawat. sukahati aku cakap jerawat. topeng ni akan menjadikan anda hudoh. wajah anda akan berganti busuk. Jangan sesekali pakai depan budak kecik. nnanti mereka takut...

Konsep Lukisan
Elok elok jer topeng ni sesuai sangat digunakan waktu jerebu dia lukis pulak hidung n mulut dia pulak. boring lah tu..atau nak tunjukkan hidung dan mulut dia sebenar nya begitu walaupun pada hakikatnya sebalik nya. 

Konsep Combo
Topeng konsep Combo ni lengkap dari wajah, rambut dan badan semua di tutup habis. nak bernafas pun sesak sesak error. Nak makan ikut tang mana?.. hahahhaha kalau nak pakai juga kena pakai menari pakai topeng ni.

Konsep Masker
Topeng jenis ni hanya digunakan diwaktu malam je sebelum tidur. ini namanya topeng masker. siapa siapa boleh pakai asal tak malu jer... hahahah jangan sesekali memakai baju putih ketika memakai topeng ini. akan menyebabkan orang melihat sesak nafas...


Nampak nya tu jerlah jenis jenis topeng yang dapat aku cari. banyak lagi sebenarnya cuma aku suka letak yang terpilih jer.

Selamat Menjaga Kesihatan....

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang