Monday 7 September 2015

Bot karam: 17 lagi mayat dijumpai, angka korban meningkat kepada 46

UALA LUMPUR: Pasukan pencari dan menyelamat menemui 17 lagi mayat mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam menjadikan jumlah korban yang ditemukan setakat hari keempat operasi sebanyak 46 orang.

Bagaimanapun sehingga jam 11 pagi tadi, hanya dua mayat berjaya dibawa naik ke Jeti Hutan Melintang.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain semua mayat itu ditemukan dalam lingkungan 8 batu nautika daripada lokasi kejadian bot karam.

Siasatan awal polis mendapati saiz bot karam hanya mampu memuatkan 10 hingga 15 orang penumpang.

Namun, berdasarkan soal siasat awal terhadap mangsa yang terselamat, bot berkenaan membawa antara 70 hingga 80 penumpang.

Bot sepanjang 12.192 meter itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia pada Khamis.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh.

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang