MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label 21 kena tindakan. Show all posts
Showing posts with label 21 kena tindakan. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

21 kena tindakan



Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlakunya penyelewengan terhadap beras subsidi dalam Program Beras Subsidi (ST15%) yang disalah guna oleh pemborong tamak.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini saja sebanyak 3,250 pemeriksaan sudah dilaksanakan terhadap pemborong dan peruncit bagi memastikan pengedaran beras ST15% berada di pasaran.

Katanya, hasil pemeriksaan itu mendapati 345 kes pelbagai kesalahan dilakukan mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

“Daripada jumlah itu, 21 kes membabitkan salah laku pengedaran ST15% dan tindakan penggantungan lesen atau pembatalan kuota sudah diambil terhadap pemborong berkenaan berbanding 18 kes pada tahun 2013.

“Apapun, kementerian melalui penguat kuasa sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan ketirisan ini dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan maklum balas terhadap siaran muka depan Harian Metro pada Rabu lalu mengenai subsidi beras RM12 juta bocor setiap bulan-30,000 tan beras ST15% gagal disalurkan kepada rakyat.

Selain itu, beliau berkata kewujudan pemborong hantu juga tidak seharusnya berlaku memandangkan satu daripada syarat bagi dilantik sebagai pemborong ST15% hendaklah mempunyai lesen borong yang sah laku tempoh.

“Kementerian juga tidak menafikan kemungkinan terdapat ketirisan dalam pengedaran beras subsidi di pasaran.

“Ketika pemantauan dan pemeriksaan kita dapati pemborong menjalankan tanggungjawab dengan amanah, namun penyelewengan mungkin berlaku selepas pegawai penguat kuasa selesai membuat pemeriksaan,” katanya.

Justeru, katanya, pihak kementerian sudah pun mengenakan beberapa syarat dan peraturan baru untuk mengurangkan ketirisan beras subsidi ST15 peratus. (syarat baru dalam jadual)

“Kementerian menegaskan tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pemborong melanggar peraturan ditetapkan.

“Pihak kementerian bertindak tegas membatalkan lesen mana-mana pemborong berkenaan tanpa amaran,” katanya.

Program Beras Subsidi ST15% bermula sejak tahun 2008 sebagai antara opsyen kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli beras pada harga lebih murah.

Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan beras subsidi sebanyak 40,000 metrik tan sebulan bagi Semenanjung manakala 20,000 metrik tan beras bagi Sabah dan Sarawak.

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang