MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label Tribunal putus bekas tanah KTM di S'pura. Show all posts
Showing posts with label Tribunal putus bekas tanah KTM di S'pura. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Tribunal putus bekas tanah KTM di S'pura

Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands.

Tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd, tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA). 

Kedua-dua negara dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.

"Dengan menyelesaikan perkara ini melalui timbang tara pihak ketiga, kedua-dua negara telah memperlihatkan komitmen bersama untuk menyelesaikan pertikaian itu secara damai, mengikut undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu.

Ia berkata kejayaan penuh pelaksanaan POA telah membuka jalan bagi projek-projek pembangunan bersama dan kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia.

Perdana menteri Singapura dan Malaysia mengumumkan pada September 2010 bahawa kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza berhubung caj pembangunan
tiga bidang tanah itu yang terkandung dalam POA.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara baik menerusi timbang tara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan kekal.

Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

Prosiding timbang tara itu dibuat mengikut peraturan prosedur yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura, dan didengar di hadapan tiga orang anggota tribunal timbang tara yang dilantik kedua-dua negara.

M+S Pte Ltd ialah syarikat usahasama pelaburan yang dimiliki Khazanah Nasional Malaysia dan Temasek Holdings Singapura.

- Bernama

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang