MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label Mangsa. Show all posts
Showing posts with label Mangsa. Show all posts

Saturday, 22 August 2015

Tiga beranak mangsa letupan Bangkok selamat tiba di Kota Bharu

Tiga beranak yang menjadi mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin lalu, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, kira-kira jam 11.45 malam tadi. 

Tiga sekeluarga terbabit yang terselamat dan beradal dari Pasir Mas, Kelantan itu ialah pasangan suami isteri, Tan Rui Hun, 29, isterinya, Teo Khaei Ling, 27, dan ibu Khaei Ling, Tan Kin Siok, 53. 

Turut menunggu tiga beranak terbabit sanak saudara terdekat termasuk suami Kin Siok, Teo Lee Wah, 58. 

Khaei Ling berkata, beliau lega apabila menjejak kaki ke Kelantan untuk pulang ke rumah di Pasir Mas. 

Beliau berkata, mereka bertiga berasa gembira apabila dapat bertemu dengan ahli keluarga. 

"Maaflah kami tak bersedia untuk bercakap panjang kerana masih letih dan belum sempat berehat selepas kejadian itu," katanya. 

Sementara itu, suaminya, Rui Hun juga tidak bersedia untuk ditemu bual oleh wartawan kerana masih dalam keadaan trauma dengan kejadian itu. 

Beliau juga mengalami kecederaan di kaki, tangan dan badan akibat terkena serpihan bom.

Thursday, 9 July 2015

Mercun dan Padah Nya Sebelum Beraya


Mercun memang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Tetapi permainan mercun bukanlah budaya orang Melayu. Mercun lebih sinonim dengan orang yang berbangsa cina. Dimana setiap perayaan sambutan Tahun Baru Cina Mercun di nyalakan sempena sambutan perayaan tersebut.

Namun berbeza dengan orang melayu, mereka jadikan mercun ini seolah-olah satu permainan yang biasa dan tidak berbahaya. tetapi Setiap tahun media massa melaporkan kanak-kanak ramai yang cedera gara-gara main mercun. 

Kesian kan mereka ni kecil kecil dah hilang jari. ada yang jadi OKU. sebab mereka tidak di dedahkan kepada bahayanya main mercun.

Apa-apa pun sayangi lah diri anda dan keluarga. 

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang