Showing posts with label Khalid Abu Bakar. Show all posts
Showing posts with label Khalid Abu Bakar. Show all posts
Monday, 7 September 2015
Henti sebar khabar angin berkaitan kehilangan Kevin - KPN
9/07/2015 01:06:00 pm
Anthony Kevin Morais, Hutan Melintang, Kampung Sungai Samak, Khalid Abu Bakar, Proton Perdana
No comments
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar tidak menyebar khabar angin berkaitan kehilanganTimbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) nasihatkan; hentikanlah menyebar khabar angin seperti di bawah yang mengelirukan orang ramai," katanya menerusi laman twitter rasminya, pada Ahad.
Khalid berkata demikian sebagai merujuk kepada satu tulisan oleh seorang pengguna twitter yang mendakwa bahawa sebuah kereta yang ditemui di Hutan Melintang, Perak pagi tadi adalah milik Kevin Morais.
Beliau didakwa terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pemilik akaun Twitter itu turut memuat naik tiga keping gambar kereta yang didakwanya milik Kevin Morais.
Kevin Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dikatakan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Polis pada Ahad menemukan sebuah kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang dipercayai hampir sama dengan model kereta yang digunakan oleh pegawai itu.
Bagaimanapun, polis tidak mengesah atau menafikan bahawa kenderaan yang ditemui itu milik Kevin Morais.
Friday, 21 August 2015
Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador
8/21/2015 01:53:00 pm
1MDB, Abdul Hamid Bador, Clare Rewcastle Brown, Khalid Abu Bakar, PDRM, Tun Mahathir
No comments
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.
The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.
Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk “menjelaskan pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri” (Datuk Seri Najib Razak).
Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama “semua bukti” agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
“Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.
Semalam Malaysiakini melaporkan yang Abdul Hamid telah meletakkan jawatan di Cawangan Khas Polis selepas menerima surat perpindahan.
Beliau yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan Polis Diraja Malaysia bagaimanapun mendakwa dia tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
Perpindahan terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tidak-akan-berpaling-tadah-terhadap-tun-mahathir-abdul-hamid-bador-70658
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









