Showing posts with label Pontianak Trip. Show all posts
Showing posts with label Pontianak Trip. Show all posts
Saturday, 16 June 2012
Pontianak Trip 2012
6/16/2012 02:31:00 am
Pontianak Trip
Lawatan kali kedua oleh kelab KEKAS ke Kota Pontianak yang terletak di Kalimantan Barat Indonesia ini membawa kenangan manis yang amat bermakna buat ahli kelab. Lawatan kali ini membawa ahli ke dua tempat iaitu Muzium Negeri Pontianak dan Aloe Vera Center.
walaupun lawatan kali ini cukup memenatkan disebabkan sebelah malam ada aktiviti makan malam bersama Menteri dan rombongan. Ahli kelab bergegas untuk mencari ole ole untuk di bawa pulang.
Hotel Penginapan yang didiami oleh ahli kelab adalah Hotel Kini yang amat strategik sekali. Bak kata orang keluar pintu hotel jumpa pasar. membeli belah di kota Pontianak memang mengujakan,
lawatan 3 hari 2 malam ini akan sentiasa diingatan ahli kelab KEKAS.
Masih adakah lawatan ke 3 ke Kota Pontianak ini di masa hadapan?
Saturday, 2 July 2011
Pontianak Trip 2011
7/02/2011 03:00:00 am
Pontianak Trip
Inilah kali pertama aku ke Luar negara. terujanya nak bertandang ke tempat orang. hehehe macam macam yang datang difikiran aku. Trip ke pontinak ni adalah kali pertama Kelab Opis aku anjurkan untuk ahli kelab. Dulu macam macam cadangan yang hendak dilaksanakan tetapi semuanya tinggal kenangan.
pada asalnya aku mencadangkan menggunakan agen pelancongan sebagai guide kami di sana. cari punya cari semuanya mahal belaka. kewangan kelab cuma sedikit sahaja. ada yang cadangkan agar separuh ahli bayar separuh kelab bayar. ada yang setuju cara itu bagi mengurangkan beban kewangan kelab.
tetapi sebaliknya semua ahli yang mengikuti lawatan kali ini diberi subsidi 100%. ok bukan hal ni yang nak aku cerita. hahhahahahah
Kami bertolak di perkarangan opis di depan stadium tertutup jam 7:30am. gara gara seorang ahli kelab lambat datang. ada yang tertinggal passport di rumah. macam macam lah yang berlaku menyebabkan jadual perjalanan sepatutnya pukul 6:00am dilambatkan sehingga pukul 730pagi. bukan apa, keadaan trafik pada waktu ni memanglah sesak.
Perjalanan Dari Stadium Tertutup ke Sempadan Tebedu/Entikong mengambil masa 1 Jam 30 Minit. Walaupun kami sampai awal namun urusan Imigresen Tebedu menyebabkan lambat sedikit. apa lagi di Imigrasi Entikong (Indonesia Kalimantan) agak berbeza menggunakan cara manual.
Selesai di Imigrasi Entikong kira kira pukul 9:00am (Waktu Malaysia) di Indonesia masih 8:00am Rombongan kami meneruskan perjalanan, Dalam bas macam macam cerita dan lawak jenaka sebagai penghilang boring. menurut pemandu bas, Perjalanan ini mengambil masa 6 Jam sahaja dari Entikong. memandangkan jalan raya baru sudah dibuka tetapi belum siap sepenuhnya.
Setelah 2 jam perjalanan rombongan berhenti di perhentian pertama Daerah Sosok. Di sini ada tempat makan dan tempat rehat. ramai juga yang nak makan.. almaklumlah nak merasakan maskaan negara jiran.
Perjalanan di teruskan lagi dan berhenti kali kedua di rumah kedai tepi jalan. Kedei biasa kedai kopi, ada yang ke tandas ada yang menikmati air sejuk. lebih kurang 15 minit berehat, perjalanan diteruskan lagi.
Kami sampai di Kota Pontianak pukul 2:30pm waktu Indonesia. heheh yang lucunya tiba di sana ada sedikit salah faham dengan pekerja hotel. pihak hotel dimaklumkan oleh pihak bas rombongan sampai pukul 3:30 pm waktu indonesia. apa yang kami faham pukul 3:30pm waktu malaysia. hahahaha menyebabkan ada dikalangan ahli yang belum ada bilik. aku berkorban menunggu orang yang terakhir dapat bilik.
Selesai semua check in bilik. Bos besar suruh berkumpul di lobi untuk sesi makan tengahari. hehehe semua bergegas tak sabar nak melihat kota Pontianak. Ayani Mall adalah tempat pertama kami singgah untuk makan tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









