MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label Pak Majid jalan kaki keliling Semenanjung. Show all posts
Showing posts with label Pak Majid jalan kaki keliling Semenanjung. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Pak Majid jalan kaki keliling Semenanjung



KUANTAN: Selepas mencipta sejarah berjalan kaki secara solo sejauh 280 kilometer dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, Selangor setelah Pahang menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia tahun lepas, seorang bekas pengawal keselamatan melakukan perkara serupa tahun ini.

Hari ini, dua hari selepas skuad Tok Gajah menjuarai piala berprestij itu buat kali kedua-dua berturut-turut, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, atau Pak Majid sekali lagi membuat kejutan bagi menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Memulakan langkah tepat 9.30 pagi dari Stadium Darul Makmur di sini, beliau yang ditemui selepas sejam berjalan kaki, berharap usaha yang cuba dilakukannya itu akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.


"Apa yang saya lakukan bukan mencari glamor atau apa-apa imbuhan tetapi sebagai peminat setia Pahang atas kejayaan pasukan itu merangkul Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut," katanya yang berbekalkan beberapa helai pakaian serta membawa bendera Pahang dan Malaysia dalam perjalanan itu.

Abdul Majid berkata, beliau tidak terganggu jika ada pihak yang mengkritik usaha tersendiri yang dilakukannya itu, sebagai tanda sokongan kepada skuad Tok Gajah.

"Saya rasa gembira dan tidak menyangka, dalam tempoh satu jam berjalan kaki, ramai penduduk memberi sokongan termasuk membunyikan hon kenderaan dan berhenti mengambil gambar kenangan bersama saya," katanya.

Beliau berkata, kejayaan yang dicipta sebelum ini, mendorong beliau untuk sekali lagi menunaikan nazarnya itu, kali ini.

Abdul Majid berkata, beliau akan memulakan perjalanan menuju ke Keratong, Rompin menggunakan laluan Kuantan-Segamat dan memasuki Melaka sebelum melalui destinasi lain dan dijangka menamatkan perjalanan itu dalam masa dua bulan di Stadium Darul Makmur.

Seorang peminat pasukan Pahang, Rosli Rozak, 38, berkata beliau kagum dengan usaha yang dilakukan Pak Majid itu dan menganggapnya sesuatu yang luar biasa berikutan faktor umur beliau sekarang.

Pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas, Pahang menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

- BERNAMA

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang