MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label #SufiAF2015. Show all posts
Showing posts with label #SufiAF2015. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Konsert Akademi Fantasia 2015 - Keputusan Penuh

Akademi Fantasia Menutup Tirainya pada 11 Oktober 2015 dengan rasminya.

 

 Juara AF2015

Sufi



Naib Juara AF2015

Syamel



Ketiga AF2015

 Bila


Keempat AF2015 

 Sharul




 

Sunday, 11 October 2015

Akademi Fantasia 2015 - Konsert Akhir

Tahniah kepada 4 Pelajar Akademi Fantasia 2015 Syamel, Sufi, Shahrul dan Bila.

Pusingan Pertama

Sharul
“Just The Way You Are”


Syamel
“Hidup Dalam Mati” (Baru)


Bila
“Karma”
 
Sufi
 “Kisah Dua Muka” (Baru)

________________________________________________

Pusingan Kedua
 
 Sharul
“Hanya Kamu” (Baru)

 
 Syamel
“Sampai Mati”


Bila
“Diam Saja” (Baru)



Sufi
“Andaiku Bercinta Lagi”

---------------------------------------------------------------------------






Sunday, 27 September 2015

Akademi Fantasia Separuh Akhir

wah sudah lama tak update blog nie sebab sibuk sangat dengan kerja dan aktivti. malam ini berkesempatan juga nak update walaupun lambat.

Minggu lepas aku tak sempat nak update konsert AF2015 sebab ada function dan Iqwan tersingkir minggu bertemakan Rock.

Minggu ini memang menarik sikit sebab ada lagu duet. Tadi diumumkan Syamel tersingkir tetapi telah diselamatkan oleh kuasa jury supaya tidak tersingkir.


Pusingan pertama tadi lagu single dan pusingan ke dua Duet.


Sufi membuat persembahan pembuka tirai minggu ini dengan mendendangkan lagu Raja Pop Jamal Abdillah “Berdendang Dalam Tangisan".


heheheh aku nak tergelak sikit lah Lisa minggu ni.. baju dia panjang berjela... macam baju pelajar AF yang betudung tu.. lupa aku nama dia..Lisa minggu ini mendendangkan lagu "Ku takkan bersuara"



Seterusnya Sharul mendendangkan lagu Bila Tiba dari kumpulan Unggu.


Bila pula mendengkan lagu Semoga Abadi dari misha omar. suara dia ni memang superb. Jangan nilai body.. nilai pada suara dan bakat.


Syamel memang lah suara superb. Aku memang suka suara dia. minggu ni dapat lagu Ibnor Reza -mimpi yang tak sudah.


Sejak akhir-akhir ini prestasi rachel semakin menurun. Tetapi patut dibanggakan dia masih bertahan sehingga separuh akhir. Minggu ini dapat lagu Fauziah Latif Teratai Layu Di Tasik Madu.


Lagi duet Sharul dan Bila ni mamang aku suka giler.. suara Bila yang power menghidupkan lagu ini..‘Like i’m gonna lose you” nyanyian dari Meghan Trainor.




Gandingan Lisa dan Rachel memang tidak menjadi lagu Frozen. aku juga setuju dengan pengkritik.


Syamel dan Sufi memang power. aku suka persembahan mereka berdua...lagu seruan memang best...

oklah itu saja mingu ini...

Sunday, 6 September 2015

Akademi Fantasia 2015 - Konsert Minggu Ke 5

Konsert Akademi Fantasia kembali lagi minggu ini untuk kali ke5. hahaha... minggu ni artis undangan Afgan. Tema lagu yang diberikan bertemakan Runut Bunyi.


Runut bunyi kata FBI dan Zizan nie.. original soundtract daripada filem-filem. hahahaha 

minggu ni dimulakan dengan Faroq dengan mendendangkan Pok Pok Bujang Lapok & Malam Bulan di Pagar Bintang. #FaroqAF2015.


Pelajar seterusnya Aziah akan mendendangkan lagu Teruja dan Generasiku. 


Openg akan mendendangkan lagu Azura & Setahun Telah berlalu. Persembahan #OpengAF2015 malam ini mendayu-dayu. hahahaha sorry Openg malam ini aku tak berkenan persembahan mu. 



#RachelAF2015 minggu ini mendendangkan lagu bahasa inggeris. Mama Mia & Thank You For Your Music. lagu yang popular tahun 70an.


Minggu ini Sharul mendendangkan lagu AWAS dan Negatif. #SharilAF2015.



#LisaAF2015 mendendangkan lagu Patah Seribu dan Aku Datang. Memang cantik Lisa malam ini.


Wah #SyamelAF2015 minggu ini mendendangkan lagu Awie Diambang Wati dan Ukiran Jiwa.


When you wish a Star & Reflection & Kau dihatiku adalah nyanyian #BilaAF2015 minggu ini. suara Bila memang power.. aku suka...


#IqwanAF2015 menyanyikan lagu Tentang Seseorang & Ada Apa dengan Cinta. :) semoga tidak terkeluar...dia demam lah pulak kan.


#SufiAF2015 mendendangkan lagu Idola dan Salam Terakhir minggu nie. 


Selesai sudah 10 Pelajar mendendangkan lagu Runut Bunyi. ...





Minggu ini Pelajar yang Tersingkir adalah Aziah.

Monday, 31 August 2015

Akademi Fantasia 2015 : Konsert Minggu ke 4

Pada minggu ini 10 Pelajar Akademi Fantasia 2015 #AF2015 diberikan tugas mendendangkan lagu kesesuaian dengan Vocal Mereka.

Konsert minggu ke empat ini dimulakan dengan Openg. Openg peserta dari Negeri Sabah ini diberi tugasan untuk mendendangkan lagu Suzana yang pernah dipopularkan oleh M. Osman.


Menyusul selepas persembahan Openg adalah Bila. Minggu ini Bila diberikan lagu Pelangi Senja yang dipopularkan oleh Stacy. Persembahan Bila memang menarik kerana diiringi oleh #‎CaliphBuskers‬.


Rachel pula sungguh bergaya dengan baju kebaya mendendangkan lagu Bahtera Merdeka. Bersesuaian dengan Sambutan Hari Malaysia Merdeka Ke 58 Tahun.


Lagu Bangkit nyanyian Aril telah dipikul oleh Sharul dengan gaya nya tersendiri. 


Iqwan pula mendendangkan lagu Fatwa Pujangga yang pernah dipopularkan oleh penyanyi asal nya S. Effendy. 


Sufi peserta tunggal dari Singapura pada musim ini diberi tugas untuk mendendangkan lagu Mana Mungkin daripada BLACK.


Persembahan Faroq malam ini penuh dengan Emosi sehinggakan vocal nya tidak terkawal. #‎KaliTerakhirKuLihatWajahmu‬ tajuk lagu yang didendangkan oleh Faroq minggu ini. Kehadiran 3 adik nya menambahkan lagi emosi.


Syamel memang sudah menampakkan taring nya sebagai Juara AF2015. Vocal nya memang terserlah. Minggu ini lagu Biarkan lah telah memberi cabaran kepada beliau.


Minggu ini Aziah mendendang lagu Terima Kasih Cinta. adakah Aziah mampu mengekal kedudukan?


Lisa pelajar dari Sarawak diberi tugasan mendendangkan lagu Bahasa Inggeris. Lagu Wrecking Ball dari Melly Cyrus merupakan peserta yang terakhir pada malam ini.



Nota :
Tiada Penyingkiran pada malam ini.aku dah agak dah minggu ini sambutan hari kemerdekaan tak akan ada penyingkiran. Namun nama Rachel dipanggil sebelum nya. menandakan Rachel adalah pelajar paling bawah setelah undian di tutup. Nasib Rachel baik minggu ini,







Sunday, 23 August 2015

Akademi Fantasia 2015 - Minggu Ke 3

Konsert minggu ketiga ini bertemakan "Tahun 90an" yang menampilkan lagu lagu popular pada waktu tersebut. wah aku ni formal pulak hahahaha

Konsert ketiga malam nie dimulakan dengan persembahan Lisa yang membawa lagu Noraniza Idris Ngajat Tampi. Memakai custom etnik iban menjadikan persembahan Lisa menarik.



Syamel pula malam ini mendendangkan  lagu yang pernah dipopularkan oleh Teachers Pet - Warisan Wanita Terakhir. Selesai jew persembahan, Syamel mendapat komen yang positif dari pengkritik Ramli MS.



Persembahan yang ketiga diteruskan dengan persembahan Aziah, minggu ini Aziah mendendangkan lagu dangdut dan dikejutkan dengan kehadiran penyanyi asal Amalina - Yang Indah Yang Hangat.


Iqwan malam ini mendendangkan lagu KRU - Dalam Dilema. Masih ingat juga aku lagu nie. adik aku memang suka sangat dengan KRU. sampai beli kaset lengkap koleksi. sekarang entah lah kemana pergi nya semua kaset tu.


Peserta dari Sabah nie Openg menguji pulak vocal nya nie. Lagu pop rock nie memang famous zaman aku nie..Mega - Takdir dan Waktu. rasa macam kembali ke zaman dulu dulu jer,


Minggu nie persembahan Ziqa bertenaga juga dengan mendendangkan lagu kumpulan Elite - GIG.


Sharul malam ni mendendang lagu M Nasir - Apokalip dengan rentak dikir barat.


Setelah mendendangkan lagu All About The Bass minggu lepas yang memang superb. minggu ini Bila mendendangkan lagu Cindai dengan rentak yang tersendiri. Vocal Bella yang mantap menjadikan lagu ini enak di dengar pulak. Versi Bila ini memang sedap. 


wahhh Faroq minggu ini tunjukkan belang, Suka pulak Faroq nyanyi lagu Bila Resah Anuar Zain. Cara pembawaan Faroq memang bukan seperti penyanyi asal. 


Peserta tunggal yang berbangsa cina ini fasih berbahasa Melayu malam ini mempertaruhkan lagu Ning Baizura berjudul Kau dan Aku. 


Peserta terakhir adalah Sufi, Peserta tunggal daripada Singapura mendendangkan lagu Mendiang Micheal Jackson - Black or white. I love the show malam nie.









Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang