Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Saturday, 29 August 2015
Kelantan muncul juara Piala Presiden buat kali ke-6
GEORGE TOWN: Kelantan muncul juara kejohanan bola sepak Piala Presiden 2015 buat kali keenam selepas mengalahkan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.
Skuad pantai timur 'The Red Warriors' itu membuka jaringan pada minit ke-38 menerusi Fakhrul Zaman walaupun pasukan tuan rumah banyak melakukan serangan namun gagal menyudahkan peluang yang terhidang.
Pada awal babak kedua perlawanan, Pulau Pinang dilihat beraksi agresif melakukan serangan ke arah kubu Kelantan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Amirul Syazni Roslan pada minit ke-50 selepas menyambut sepakan percuma daripada Tunku Noor Hidayat.
Pada minit ke-53, Mohd Faisal Abd Halim cuba menghadiahkan gol kedua skuad Harimau Kumbang, bagaimanapun percubaan di depan pintu gol Kelantan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah kaptennya, Mohd Qayyum Marjuni Sabil dilayangkan kad merah pada minit ke-58 selepas mengasari pemain lawan dan membantah keputusan pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada pasukan tuan rumah.
Namun, Kelantan berjaya menggegarkan gawang pasukan lawan selepas gol kemenangan disumbangkan oleh Mohammad Azwan pada minit ke-66.
Selaku juara, Kelantan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta piala pusingan manakala Pulau Pinang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelaantan (KAFA),Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.
Mengikut rekod, Kelantan pernah muncul juara kejohanan ini sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 1995, 2005, 2011 dan 2013 manakala Pulau Pinang sekali pada 2004.
Wednesday, 29 October 2014
State Flags in Malaysia
10/29/2014 10:46:00 pm
Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu
No comments
Today I want to share to the readers of my blog on the state flags are available in Malaysia. My goal is to share this information so that readers will know Malaysia better. But not just know KUALA LUMPUR only. in other entry i will show another thing about state in Malaysia.
| SARAWAK ( KINGDOM OF SARAWAK) CAPITAL CITY : KUCHING |
| SABAH ( NORTH OF BORNEO ) CAPITAL CITY : KOTA KINABALU |
| STATE OF PAHANG CAPITAL CITY : KUANTAN |
![]() |
| STATE OF JOHORE CAPITAL CITY : JOHOR BAHRU |
![]() |
| STATE OF KELANTAN CAPITAL CITY : KOTA BAHRU |
| STATE OF MELACCA CAPITAL CITY : MELACCA CITY |
![]() |
| STATE OF NEGERI SEMBILAN CAPITAL CITY : SEREMBAN |
![]() |
| STATE OF PERLIS CAPITAL CITY : KANGAR |
![]() |
| STATE OF PENENG ISLAND CAPITAL CITY : GEORGE TOWN |
| STATE OF TERENGGANU CAPITAL CITY : KUALA TERENGGANU |
![]() |
| STATE OF PERAK CAPITAL CITY : IPOH |
![]() |
| STATE OF KEDAH CAPITAL CITY : ALOR STAR |
| STATE OF SELANGOR CAPITAL CITY : SHAH ALAM |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
FEDERAL TERRITORY FLAG
![]() |
| KUALA LUMPUR |
![]() |
| LABUAN |
![]() |
| PUTRAJAYA |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.



















