MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label kapit. Show all posts
Showing posts with label kapit. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Kesedihan Menjelang Sambutan Gawai Dayak - Bot Karam Di Kapit Sarawak





BELAGA (Sarawak): Sebuah bot ekspres, yang sarat dengan lebih 200 penumpang dalam perjalanan pulang ke kampung sempena pesta Hari Gawai, karam di Sungai Rajang, berdekatan bandar Belaga kira-kira 9 pagi semalam.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan hilang.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga, Encik Liwan Lagang, yang secara kebetulan sedang menaiki helikopternya dan berada di tempat kejadian, semalam, menganggarkan antara 20 dengan 30 orang yang hilang akibat nahas di Sungai Rajang itu.
"Kami anggarkan kira-kira 20 hingga 30 orang mungkin terperangkap dalam bot yang karam pada 9 pagi itu," kata Encik Liwan, seperti yang ditukil laporan dalam talian akhbar theSun, semalam.
"Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada bot itu terlalu sarat atau sebaliknya semasa ia karam," kata Encik Liwan, yang juga Penolong Menteri Pelancongan dan Budaya, kepada theSun.
Mengenai perangkaan mereka yang terkorban pula, ketua polis setempat, Timbalan Superintenden (DSP), Bakar Anak Sebau, memberitahu AFP bahawa 23 orang telah dilaporkan hilang.
Beliau berkata seramai 181 orang diselamatkan selepas nahas pada pagi hari itu.
Bot terbabit difahamkan sedang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit dan Sibu di Sarawak, menurut laporan versi dalam talian akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).
Ia sedang membawa penumpang menuju ke rumah panjang bagi menyambut pesta Gawai Dayak pada 1 dan 2 Jun ini.
Encik Liwan berkata, beliau ternampak bot berkenaan terbalik dan penumpangnya berenang ke tebing sungai ketika beliau di helikopter dalam perjalanannya ke Kuching.
Beliau kemudian mendarat di Uma Tevok Long Buyun untuk bertemu mereka yang terselamat dan mengarahkan operasi mencari serta menyelamat bersama pihak berkuasa di sana, tambah akhbar itu.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit, Encik Daniel Levoh, ketika dihubungi agensi berita rasmi Bernama, berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada 8 pagi.
Encik Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.
Menurutnya, bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga.
"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," kata beliau, sambil menambah bahawa bot tersebut mempunyai kapasiti membawa 67 penumpang.
Sementara itu, ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak, Encik Danny Bungan, berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan pedalaman seperti di Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.
"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan lain di Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang