MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Saturday, 1 August 2015

Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370

KUALA LUMPUR: Model pergerakan bahagian pesawat boleh menjadi petunjuk kepada pencarian Penerbangan Malaysia MH370, kata Kapten (B) Rahmat Omar, Bekas Penyiasat Penerbangan TUDM.

Menurut beliau, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.

"Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kembali drift model (model pergerakan) berdasarkan kepada bahagian pesawat yang ditemui, berat dan sebagainya, dan lihat berapa lama ia telah hilang serta punca bahagian ini sebenarnya mula bergerak 17 bulan yang lalu," katanya kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu menunggu dengan lebih lanjut lagi pengesahan daripada pasukan penyiasat di Perancis.

Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat MH370 dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss memaklumkan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah konsisten dengan kawasan pencarian sebelum ini.

Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.

Friday, 31 July 2015

MH370 : 58 objek pejal ditemui di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pasukan pencarian MH370 setakat ini menemui 58 objek 'pejal' yang tidak konsisten dengan permukaan dasar Lautan Hindi. Mengesahkan perkembangan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) kini sedang mengumpul semua objek berkenaan untuk dianalisis. "Kita kena sahkan samada objek pejal ini batu atau bangkai pesawat (MH370) sebelum membuat apa-apa rumusan," katanya selepas merasmikan Konvensyen MCA Selangor, di sini, hari ini.

Serpihan pesawat MH370 ditemukan?

SEORANG lelaki memerhatikan serpihan sayap pesawat yang dipercayai bangkai MH370 yang ditemukan di perairan kepulauan La Reunion di Lautan Hindi, semalam. – AGENSI

SAINT-ANDRE, PERANCIS 29 Julai - Penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai bahagian sayap yang dikaitkan dengan komponen Boeing 777 di kepulauan La Reunion di Lautan Hindi hari ini menimbulkan kembali spekulasi penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.


Serpihan berkenaan sepanjang dua meter yang ditemui kelihatan seolah-olah sebahagian daripada sayap ditemui oleh orang ramai yang sedang membersihkan pantai berkenaan.

Lokasi tersebut yang di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar dan kira-kira 175 kilometer barat daya Mauritius.

“Serpihan itu telah diliputi cengkerang mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air,” kata seorang saksi.

Ekoran itu, pihak berkuasa pengangkutan Perancis telah membuka siasatan bagi menyiasat bangkai pesawat berkenaan.

Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman tidak menolak kemungkinan bangkai itu milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan pada Mac tahun lepas.

Tytelman menyatakan berdasarkan gambar media tempatan terdapat “persamaan yang luar biasa antara flaperon B777 dan serpihan yang ditemui.” merujuk kepada sebuah Boeing 777 - jenis pesawat yang hilang.

Bagaimanapun, laporan media turut menyebut terdapat beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeng dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.

Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kekal komited untuk menyokong siasatan MH370 dan pencarian pesawat tersebut.

“Kami terus berkongsi kepakaran teknikal dan analisis. Matlamat kami, bersama-sama dengan industri penerbangan global keseluruhan, bukan sahaja untuk mencari kapal terbang, tetapi juga untuk menentukan apa yang berlaku dan mengapa,” kata gergasi penerbangan Amerika Syarikat itu.

Tytelman juga menyatakan komponen dengan kod rujukan BB670 mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

“Kod ini bukan nombor pendaftaran kapal terbang, mahu

MH370: Bagasi rosak ditemui dekat serpihan sayap pesawat - Media

SATU bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam. - Foto ihsan LINFO.re KUALA LUMPUR: Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam. Laporan media berbahasa Perancis, Linfo.re menunjukkan gambar seorang lelaki tempatan memegang apa yang kelihatan seperti bagasi yang rosak teruk. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penemuan bagasi itu ada kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang mungkin daripada pesawat MH370. Pasukan penyiasat kini berusaha mengenal pasti sama ada serpihan sayap itu adalah daripada pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak Mac tahun lalu.

Jumpa botol minuman China, pembersih Indonesia

London: Laporan terbaru mendakwa botol air minuman buatan China serta produk pembersihan Indonesia ditemui di pantai Pulau Reunion dipercayai dihayutkan arus laut.

Menurut South China Morning Post, kedua-dua botol itu ditemui kumpulan pembersih pantai pulau itu selepas menemui beg pakaian semalam, berhampiran tempat serpihan dipercayai flaperon pesawat Boeing 777 ditemui Rabu lalu.

Namun, tiada laporan sama ada ketiga-tiga objek dikaitkan dengan pesawat MH370.

Daily Mail melaporkan, penemuan botol air serta pembersih itu mungkin menambahkan lagi keyakinan serpihan flaperon berkenaan milik pesawat MH370 kerana sebahagian besar penumpang dalam pesawat itu ialah rakyat China.



Thursday, 30 July 2015

‘Sama tapi belum pasti’

Pulau Reunion (Madagascar): Selepas lebih setahun hilang, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mungkin ditemui apabila satu objek dipercayai serpihan sayap daripada bahagian pesawat ditemui hanyut berhampiran pantai Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi, semalam.

Serpihan sepanjang dua meter itu ditemui penduduk yang membersihkan pantai berkenaan.

Seorang saksi berkata, ia dilitupi cengkerang, menunjukkan ia sudah berada dalam air untuk sekian lama.

Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman berkata, tidak boleh dinafikan serpihan itu daripada pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Katanya, berdasarkan gambar serpihan berkenaan, ia ada persamaan dengan #B777 'flaperon' merujuk kepada Boeing 777, jenis pesawat yang hilang itu.

Sementara itu, Pegawai Tentera Perancis, Christian Retournat berkata, serpihan itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap pesawat dan dibawa ke pulau Reunion pagi semalam (waktu tempatan)

“Terlalu awal untuk mengesahkan ia milik MH370 atau tidak. Kita baru menemui serpihan itu pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Telegraph.co.uk pula melaporkan, Tytelman percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Bekas juruterbang yang kini bertugas sebagai pakar keselamatan udara berkata, dia dihubungi oleh seorang penduduk pulau berkenaan dan menghantar gambar serpihan itu kepadanya.

“Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja.

“Kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370.

“Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi keyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370),” katanya.

Berita mengenai penemuan itu sudah tersebar di laman sosial dan ramai beranggapan serpihan itu adalah bahagian pesawat MH370.

Sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan itu benar-benar dari pesawat MH370

Serpihan itu sudah diambil pihak berkuasa tempatan untuk dianalisis.

Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac 2014 mengumumkan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

Anggota polis mengangkat objek dipercayai serpihan pesawat daripada MH370. FOTO AFP

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang