Wednesday 2 September 2015

Proses Racun Serangga Mesra Alam

Bagi yang suka menanam pokok-pokok dihalaman rumah yang ada kanak-kanak kecil, penggunaan racun serangga berasaskan kimia memang berbahaya. mereka bukan nya tahu pokok bunga yang kita tanam ni beracun ke tidak. kadang-kadang mereka suka cabut. kalau pada waktu yang sama pokok yang dicabut tersebut ada racun boleh memudaratkan akhirnya. oleh itu berikut adalah cara membuat racun serangga mesra alam. memang mudah dan senang untuk dibuat di rumah. 


Bahan-Bahan Utama (Penyediaan Bahan Larutan Stok/Asas )

1 liter Air 


1 Sudu Besar 
Minyak Masak / minyak sayur 



1 Sudu besar sabun basuh 

4-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara Memproses memang mudah
1) Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air. 
2) Tumbuk 4 hingga 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi, kacau dan tapiskan 

Cara Penggunaan
Untuk penyemburan, campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air. Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang sering digunakan untuk penggemar herba dalam kuantiti yang sedikit.

Bagi yang berskala besar, boleh campurkan ekstrak bawang, tapis dan campurkan air sebanyak 1 liter. Kemudian sembur pada pokok dan sesuai untuk mengawal penyakit reput antraknos. 

Serangan yang Berbeza
  1. Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)-untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching). 
  2. Ekstrak halia-untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu. 
  3. Ekstrak daun Neem (semambu)-untukmengawal vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok. 
  4. Ekstrak bawang putih-untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1 :200. 

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah dan penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya.

1 comment:

  1. Terima kasih bagi info terbaik nii...tak perlu rasa risau lagi sbb bahan yg d guna kan adalah bahan organik yg ada di seliling kita dan tidak beracun kann...

    ReplyDelete

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang