Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts
Tuesday, 30 December 2014
QZ8501: Pesawat pecah ketika menyentuh air - Penganalisis
JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kini menampakkan hasil apabila sejumlah serpihan pesawat dan jasad penumpang ditemui manakala bayangan pesawat dilihat di dsar perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Penganalisis penerbangan, Alvin Lie, berkata daripada maklumat yang diperoleh setakat ini, boleh dirumuskan bahawa pesawat berkenaan terjatuh dan pecah ketika menyentuh air.
"Mungkin ia pecah ketika menyentuh permukaan air," katanya ketika dihubungi Detik.com, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat kemungkinan kecil pesawat berkenaan meledak di udara.
"Jika ia meledak di udara, pasti serpihan pesawat itu bertebaran," katanya.
Terdahulu, pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia menemui serpihan pesawat dan enam mayat dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 di Pangkalan Bun.
Tiga daripada enam mayat itu dibawa naik ke atas kapal perang KRI Bung Tomo.
Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Udara Indonesia turut terlihat bayangan pesawat di dalam laut. - Detik.com
Sunday, 28 December 2014
Pesawat AirAsia hilang daripada radar
12/28/2014 02:21:00 pm
AA, AirAsia, Hilang, Indonesia, Jakarta, QZ8501, Radar, Singapura
No comments
JAKARTA 28 Dis. - Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang lapan minit selepas berlepas pagi ini.
Pengarah Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo mengesahkan, pesawat yang membawa 155 penumpang itu hilang daripada pantauan radar.
Berdasarkan laporan media Indonesia, pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









