Showing posts with label Edry Abdul Halim. Show all posts
Showing posts with label Edry Abdul Halim. Show all posts
Friday, 28 August 2015
Syamel #AF2015 Ada Suara Emas, Tak Sangka Dapat Undian Rendah - Edry
Pengetua Akademi Fantasia (AF2015) Edry Abdul Halim akui terkejut apabila Syamel merupakan antara pelajar yang berada di kedudukan tiga terendah pada konsert mingguan #AF2015 Ahad lalu.
Menurut Edry, Syamel adalah antara pelajar yang sentiasa konsisten dan membuat persembahan dengan baik sewaktu konsert mingguan #AF2015.
“Sayanglah bila Syamel berada di kedudukan tiga dari bawah dan secara jujur memang saya terkejut kerana dia merupakan antara pelajar yang sangat konsisten persembahannya.
“Tidak dinafikan kedudukannya itu adalah berdasarkan undian tapi saya juga tak dapat nak elak untuk rasa terkejut apabila dia berada di berada di kedudukan tersebut.
“Pada saya, Syamel mempunyai suara emas yang saya rasa agak sukar untuk kita temui,” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus tamat konsert kedua #AF2015 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Selain itu Edry juga memberitahu faktor imej memainkan peranan yang penting untuk ‘memikat’ pengundi selain mempunyai suara yang merdu.
“Saya tak nafikan peserta lelaki undiannya lebih kepada pengundi wanita dan mungkin faktor imej juga memainkan peranan penting.
“Suara dah ada… Cuma saya rasa Syamel perlu membuat sedikit ‘grooming’ untuk memikat hati pengundi wanita,” jelasnya.
Dalam pada itu, Edry juga menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Syamel suatu hari nanti.
“Saya lihat Syamel mempunyai bakat yang besar dan siapa tahu kami mungkin akan bekerjasama suatu hari nanti.” katanya tersenyum.
Tuesday, 28 July 2015
Edry Abdul Halim dilantik pengetua AF2015
Bagi Akademi Fantasia 2015, Astro telah mengumumkan Pengetua AF2015 iaitu Edry Abdul Halim.
"Pembabitan beliau dalam program AF sebenarnya bukanlah baharu kerana sebelum ini beliau juga pernah diberi mandat sebagai juri tetap sewaktu AF2013. Disokong dengan barisan tenaga pengajar yang merupakan tulang belakang AF dan cukup arif dalam bidang masing-masing, kami yakin beliau mampu menerajui akademi dan membimbing para pelajar untuk menjadi bintang yang bakal memberikan saingan dalam industri ini kelak," Berita Harian
Tak sabar nak menonton...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









