Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts
Saturday, 1 August 2015
MH17: Rusia tidak menentang siasatan, hanya mahu keadilan - Peguam
KUALA LUMPUR: Tindakan Rusia menggunakan kuasa veto menolak resolusi yang dibentangkan Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa berkenaan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada Mac 8 tahun lalu membuktikan ia mahu diberikan hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.
Peguambela dan peguamcara, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berpandangan tindakan Rusia itu kerana Ukraine merupakan sebahagian daripada badan siasatan nahas tersebut.
"Rusia sebenarnya tidak menentang penyiasatan, pendakwaan, tidak menentang proses keadilan dilaksanakan. Namun, apa yang Rusia mahu mereka diberi juga hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.
Syed Iskandar memberi contoh Resolusi 2166 yang sedang digunakan untuk cubaan menubuhkan tribunal secara jelas menghargai kerjasama Ukraine.
"Memang benar Ukraine adalah (lokasi) di mana negara pesawat tragedi berkenaan berlaku tetapi dalam kes ini ada satu konflik kepentingan namun tidak jelas siapa yang melakukan jenayah ini.
"Jadi, adalah kurang molek untuk Ukraine turut berada dalam badan siasatan. Ukraine boleh berada di luar (dan) memberi bukti. Begitu juga dengan Rusia, itu yang Rusia mahukan," kata Syed Iskandar.
Tambah beliau, tindakan Rusia itu seperti ingin menyuarakan ketidakpuasan hati apabila beberapa kali cubaan untuk mendapatkan bahan bukti seperti imej dan video satelit daripada pihak Amerika Syarikat gagal.
"Jika Amerika mempunyai semua rakaman ini; kenapakah jika benar Amerika ingin menyelesaikan masalah ini, kuasa besar ini seharusnya saling bekerjasama dengan kuasa besar yang lain," soal Syed Iskandar.
Pada sesi undian yang berlangsung pada awal Khamis, sejumlah 11 daripada 15 anggota majlis berkenaan menyokong draf resolusi tersebut yang diusahakan bersama oleh Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine.
Namun, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi tersebut manakala Angola, China dan Venezuela mengambil pendirian berkecuali.
Baru-baru ini, Malaysia menyuarakan kekecewaanya dengan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) selepas ia menerima pakai deraf resolusi bagi penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa sementara untuk membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Khamis berkata deraf resolusi itu bertujuan memastikan keluarga dan orang tersayang mangsa kejadian itu mendapat keadilan, manakala pihak yang bertanggungjawab melakukannya menerima hukuman.
Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh oleh pihak penentang di Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa termasuk kru pesawat.
Seramai 193 warga Belanda berada dalam pesawat Boeing 777 itu apabila ia meletup di ruang udara timur Ukraine yang bergolak pada 17 Julai lalu. Belanda mengetuai siasatan nahas itu serta pengecaman mayat mangsa.
Negara Barat menuduh kumpulan pemisah pro-Russia menembak jatuh pesawat berkenaan dengan peluru berpandu yang dibekalkan Russia. Moscow pula menuduh Ukraine menembak pesawat itu.
Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370
KUALA LUMPUR: Model pergerakan bahagian pesawat boleh menjadi petunjuk kepada pencarian Penerbangan Malaysia MH370, kata Kapten (B) Rahmat Omar, Bekas Penyiasat Penerbangan TUDM.
Menurut beliau, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.
"Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kembali drift model (model pergerakan) berdasarkan kepada bahagian pesawat yang ditemui, berat dan sebagainya, dan lihat berapa lama ia telah hilang serta punca bahagian ini sebenarnya mula bergerak 17 bulan yang lalu," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu menunggu dengan lebih lanjut lagi pengesahan daripada pasukan penyiasat di Perancis.
Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat MH370 dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss memaklumkan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah konsisten dengan kawasan pencarian sebelum ini.
Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.
Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.
Friday, 31 July 2015
MH370 : 58 objek pejal ditemui di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR: Pasukan pencarian MH370 setakat ini menemui 58 objek 'pejal' yang tidak konsisten dengan permukaan dasar Lautan Hindi. Mengesahkan perkembangan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) kini sedang mengumpul semua objek berkenaan untuk dianalisis. "Kita kena sahkan samada objek pejal ini batu atau bangkai pesawat (MH370) sebelum membuat apa-apa rumusan," katanya selepas merasmikan Konvensyen MCA Selangor, di sini, hari ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6002
Serpihan pesawat MH370 ditemukan?
SEORANG lelaki memerhatikan serpihan sayap pesawat yang dipercayai bangkai MH370 yang ditemukan di perairan kepulauan La Reunion di Lautan Hindi, semalam. – AGENSI
SAINT-ANDRE, PERANCIS 29 Julai - Penemuan serpihan bangkai pesawat dipercayai bahagian sayap yang dikaitkan dengan komponen Boeing 777 di kepulauan La Reunion di Lautan Hindi hari ini menimbulkan kembali spekulasi penemuan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.
Serpihan berkenaan sepanjang dua meter yang ditemui kelihatan seolah-olah sebahagian daripada sayap ditemui oleh orang ramai yang sedang membersihkan pantai berkenaan.
Lokasi tersebut yang di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar dan kira-kira 175 kilometer barat daya Mauritius.
“Serpihan itu telah diliputi cengkerang mungkin kerana ia telah berada lama di dalam air,” kata seorang saksi.
Ekoran itu, pihak berkuasa pengangkutan Perancis telah membuka siasatan bagi menyiasat bangkai pesawat berkenaan.
Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman tidak menolak kemungkinan bangkai itu milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan pada Mac tahun lepas.
Tytelman menyatakan berdasarkan gambar media tempatan terdapat “persamaan yang luar biasa antara flaperon B777 dan serpihan yang ditemui.” merujuk kepada sebuah Boeing 777 - jenis pesawat yang hilang.
Bagaimanapun, laporan media turut menyebut terdapat beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeng dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kekal komited untuk menyokong siasatan MH370 dan pencarian pesawat tersebut.
“Kami terus berkongsi kepakaran teknikal dan analisis. Matlamat kami, bersama-sama dengan industri penerbangan global keseluruhan, bukan sahaja untuk mencari kapal terbang, tetapi juga untuk menentukan apa yang berlaku dan mengapa,” kata gergasi penerbangan Amerika Syarikat itu.
Tytelman juga menyatakan komponen dengan kod rujukan BB670 mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.
“Kod ini bukan nombor pendaftaran kapal terbang, mahu
MH370: Bagasi rosak ditemui dekat serpihan sayap pesawat - Media
SATU bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam. - Foto ihsan LINFO.re KUALA LUMPUR: Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam. Laporan media berbahasa Perancis, Linfo.re menunjukkan gambar seorang lelaki tempatan memegang apa yang kelihatan seperti bagasi yang rosak teruk. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penemuan bagasi itu ada kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang mungkin daripada pesawat MH370. Pasukan penyiasat kini berusaha mengenal pasti sama ada serpihan sayap itu adalah daripada pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak Mac tahun lalu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71128
Thursday, 30 July 2015
‘Sama tapi belum pasti’
Pulau Reunion (Madagascar): Selepas lebih setahun hilang, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mungkin ditemui apabila satu objek dipercayai serpihan sayap daripada bahagian pesawat ditemui hanyut berhampiran pantai Pulau Reunion yang terletak di Lautan Hindi, semalam.
Serpihan sepanjang dua meter itu ditemui penduduk yang membersihkan pantai berkenaan.
Seorang saksi berkata, ia dilitupi cengkerang, menunjukkan ia sudah berada dalam air untuk sekian lama.
Pakar keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman berkata, tidak boleh dinafikan serpihan itu daripada pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Katanya, berdasarkan gambar serpihan berkenaan, ia ada persamaan dengan #B777 'flaperon' merujuk kepada Boeing 777, jenis pesawat yang hilang itu.
Sementara itu, Pegawai Tentera Perancis, Christian Retournat berkata, serpihan itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap pesawat dan dibawa ke pulau Reunion pagi semalam (waktu tempatan)
“Terlalu awal untuk mengesahkan ia milik MH370 atau tidak. Kita baru menemui serpihan itu pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Telegraph.co.uk pula melaporkan, Tytelman percaya serpihan itu dari pesawat MH370.
Bekas juruterbang yang kini bertugas sebagai pakar keselamatan udara berkata, dia dihubungi oleh seorang penduduk pulau berkenaan dan menghantar gambar serpihan itu kepadanya.
“Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja.
“Kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370.
“Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi keyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370),” katanya.
Berita mengenai penemuan itu sudah tersebar di laman sosial dan ramai beranggapan serpihan itu adalah bahagian pesawat MH370.
Sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan itu benar-benar dari pesawat MH370
Serpihan itu sudah diambil pihak berkuasa tempatan untuk dianalisis.
Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac 2014 mengumumkan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
Anggota polis mengangkat objek dipercayai serpihan pesawat daripada MH370. FOTO AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66962#sthash.FyX1gYSw.dpuf
Sunday, 26 October 2014
Penumpang Nak Bersalin, Pesawat MAS Mendarat Cemas Di Bali
10/26/2014 05:51:00 pm
Australia, Bali, Cemas, Darurat, Denpasar, KL, Landing, MAS, Melahirkan, Mendarat, Pregnant
No comments
KUTA — Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, selepas seorang penumpang menunjukkan tanda sudah sampai waktu untuknya melahirkan anak, semalam.
Menurut Pengurus Besar Lapangan Terbang Ngurah Rai, Herry A.Y Sikado, selepas melakukan koordinasi dengan Pengendali Lalu Lintas Udara (ATC) Ngurah Rai, pesawat MAS yang sedang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Australia, mendarat di situ sekitar jam 2.10 petang.
“Juruterbang menghubungi ATC untuk permohonan divert (pengalihan) dan melakukan pendaratan cemas kerana salah seorang penumpang mahu bersalin,” katanya.
Setelah pesawat MH135 yang membawa 178 penumpang itu mendarat, wanita rakyat Australia dikenali sebagai Samual P. Jeyanthi, segera dikejarkan ke Hospital Kasih Ibu di Kedonganan, Badung.
Pesawat MH135 kemudiannya kembali meneruskan penerbangan ke Australia pukul 4.14 petang.
Herry berkata, pendaratan cemas dilakukan pesawat MAS itu berjalan lancar dan tidak menganggu lalu lintas penerbangan lain meski pun Ngurah Rai merupakan salah satu bandar tersibuk di Indonesia.
Difahamkan, MAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden ini dalam masa terdekat. - mynewshub.cc
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.










