Sunday, 26 October 2014

Penumpang Nak Bersalin, Pesawat MAS Mendarat Cemas Di Bali


KUTA — Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, selepas seorang penumpang menunjukkan tanda sudah sampai waktu untuknya melahirkan anak, semalam.

Menurut Pengurus Besar Lapangan Terbang Ngurah Rai, Herry A.Y Sikado, selepas melakukan koordinasi dengan Pengendali Lalu Lintas Udara (ATC) Ngurah Rai, pesawat MAS yang sedang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Australia, mendarat di situ sekitar jam 2.10 petang.

“Juruterbang menghubungi ATC untuk permohonan divert (pengalihan) dan melakukan pendaratan cemas kerana salah seorang penumpang mahu bersalin,” katanya.

Setelah pesawat MH135 yang membawa 178 penumpang itu mendarat, wanita rakyat Australia dikenali sebagai Samual P. Jeyanthi, segera dikejarkan ke Hospital Kasih Ibu di Kedonganan, Badung.

Pesawat MH135 kemudiannya kembali meneruskan penerbangan ke Australia pukul 4.14 petang.

Herry berkata, pendaratan cemas dilakukan pesawat MAS itu berjalan lancar dan tidak menganggu lalu lintas penerbangan lain meski pun Ngurah Rai merupakan salah satu bandar tersibuk di Indonesia.

Difahamkan, MAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden ini dalam masa terdekat. - mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang