Showing posts with label Bangladesh. Show all posts
Showing posts with label Bangladesh. Show all posts
Monday, 19 October 2015
‘Hubungi saya bukan cederakan pekerja’
Shah Alam: "Jika tidak puas hati hubungi saya, bukan cederakan pekerja sehingga hidung patah untuk selesaikan masalah," kata pemilik kedai cuci kereta di Subang Perdana, Haziyatie Abdul Hamid, selepas video mengenai pekerjanya dibelasah pelanggan diviralkan di laman sosial.
Menurutnya, dia mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerjanya yang mengadu dan mendakwa bahawa pelanggan berusia 30-an memukul pekerja warga Bangladesh di muka.
"Saya ke kedai cuci kereta dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat keadaan yang sebenar.
"Melalui CCTV, saya lihat lelaki berkenaan memarahi pekerja saya kerana mendakwa mangsa mengotorkan kereta mewahnya sebelum bertindak menampar lelaki warga Bangladesh berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, lelaki itu difahamkan kembali semula mendapatkan mangsa selepas beberapa minit beredar dari lokasi kejadian.
"Mangsa menyorok di belakang kedai sebelum dia dibelasah sehingga berdarah yang mengakibatkan bahagian hidung mangsa cedera.
"Saya membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan dapati bahawa tulang hidungnya retak," katanya.
Haziyatie yang kesal dengan kelakuan lelaki itu berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, video lelaki yang dipercayai ahli perniagaan membelasah pekerja warga Bangladesh gara-gara mengotorkan kereta mewahnya menjadi viral di laman sosial Facebook.
Bagaimanapun, polis sudah menahan suspek semalam di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86353#sthash.uz3ZYttP.dpuf
Suspek tampar pekerja cuci kereta ditahan
Shah Alam: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menampar pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, kelmarin.
Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30-an ditahan 10 malam tadi di Damansara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mangsa dipercayai patah tulang hidung dan masih dirawat Sungai Buloh.
"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Pihak kami sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah pagi ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di IPK Selangor, hari ini.
Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial sejak, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86314#sthash.QZQuofXn.dpuf
Wednesday, 29 July 2015
Tak payah nak ‘sentap’
Putrajaya: Bukan gaji sebulan, tetapi dua bulan termasuk bayaran kerja lebih masa. Itu penjelasan diberikan syarikat tempat seorang lelaki dikatakan warga Bangladesh bekerja yang memperoleh gaji lebih RM5,000 untuk Jun, seperti yang ‘viral’, semalam.
Menurut jurucakap syarikat itu, pekerja berkenaan sudah memaklumkan kepada syarikat untuk berhenti dan balik ke negara asal.
"Jadi, syarikat mengira semua gaji untuk Mei dan Jun termasuk bayaran kerja lebih masa yang dibuat dalam tempoh dua bulan berkenaan.
"Disebabkan itu, jumlah gaji yang diterima pada Jun lebih RM5,000. Biasanya, gaji yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan,"katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurutnya, lelaki terbabit sudah berhenti kerja dan balik ke negara asal.
Gambar salinan penyata gaji lelaki itu menjadi viral di laman Facebook sejak semalam.
Jumlah gaji pekerja bahagian pemunggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 itu mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif pengguna laman Facebook kerana gaji yang diperolehinya tinggi.
Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Zulkornain Yusop berkata, tidak timbul isu ‘double standard’ dalam pemberian gaji antara pekerja asing dengan rakyat tempatan.
Menurutnya, gaji yang diterima warga Bangladesh itu adalah setimpal dengan waktu kerja yang diperuntukannya termasuk kerja lebih masa yang mencecah sehingga RM1,700 itu, selain daripada bidang kerja jarang diceburi rakyat negara ini.
“Kalau nak duit banyak, kerja kena banyak juga. Mungkin dia kerja lebih banyak daripada orang lain untuk mendapatkan gaji setinggi itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya kerajaan masih perlu memantau majikan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pekerja warga asing dengan mengizinkan mereka bekerja melebihi waktu yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









