MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Mari menanam serai beramai ramai

aku suka tajuk entri kali ini "Mari menanam Serai Beramai-Ramai". hahaha lucu pun ada, aku nak bagitau kat korang serai adalah ramuan masakan paling popular kat dapur. Nampak simple kan serai nie. tetapi mempunyai nilai yang tidak ternilai.

Aku baru sedar bahawa serai ini amat berguna selama ini aku beli RM1.00 seikat serai kat pasar adalah 6-7 batang seikat. Masak guna serai jarang lah sangat. bila nak guna sebatang kena beli RM1.00 berbatang-batang. 

oleh itu, aku mengambil inisiatif nak tanam serai beramai-ramai. hahaha nanti kalau dah tumbuh beranak pinak boleh ambik sebatang. tak payah nak sibuk-sibuk beli RM1.00 seikat kat pasar.

kalau dah meriah dalam polibeg ini nanti boleh ambik guna untuk masak. 


Sunday, 30 August 2015

Projek Belakang Rumah

Sejak kebelakang ini minat aku semakin menjadi jadi dengan projek belakang rumah. aku kata ini mungkinsatu minat atau hobi pun boleh. 

aku boleh katanya semua bermula dengan enzyme. hahaha aku mula membuat enzyme bila kawan satu opis aku kata "eh kalau you rajin, kulit limau ini boleh jadi enzyme campur dengan gula merah " sejak itu aku buat kajian sikit kat google. jumpa lah kaedah buat enzyme. Tempoh nak buat enzyme ni senang peram 3 bulan paling minimum.

aku taklah nak cerita pasal enzyme. aku terbaca kat google enzyme ini bagus untuk dijadikan baja tumbuhan. Masa aku tengah peram enzyame ni tuan punya rumah sewa aku ni ada tanam pokok cili. tapi dah nak mati. aku dah angan-angan nak cuba kat pokok cili dia. hahahha tetiba pokok cili dalam pasu tu Pak Aji Kasim (tuan punya rumah sewa) buang pulak.. 

tanpa aku sedari aku ada tanam pokok belalai gajah yang aku mintak dengan budak opis aku. hahahaha bukan nak tanam betul-betul pun. saja nak suruh orang sibuk kasi kat aku. 


Nampak tak perbezaan nya. aku siram air di campurkan dengan enzyme yang aku buat. hahahah sampai sekarang pokok belalai gajah nie subur berdaun lebat. sejak itu lah minat aku nak main tanam - tanam ni timbul.

Mula-luka aku nak explore tanaman apa yang sesuai untuk di tanam. Aku buat keputusan nak tanam pokok herba. Google sana sini lah. Jumpa lah Rosemary, Oregano, Pudina, Basil, Habatus Sauda dan macam macam lagi.



Di awal projek belakang rumah
lihat lah lokasi tempat aku bercucuk tanam. hahahahaha.. gambar kat bawah ni selingan je. iklan jap... tu pokok anggur yang adik aku tanam depan rumah kat kampung. 


yang kat bawah ni pokok pudina ... ala kecik je kan.dalam pasu tu adalah hampas enzyme aku letak...konon nya baja kan...

Sebelum berenzyme


selepas berenzyme

lihat lah beza nya subur nya berdaun lebat. sekarang nie aku dah mula menyemai dalam poli beg pudina nie. nak jual...



nanti aku cerita pula apa yang aku tanam seterus nya,,,







Tuesday, 30 June 2015

Hobi Menanam Pokok Herba

cerita hari ini adalah aku suka menanam pokok herba. amboi hahahaha sejak bila aku berminat nak menanam pokok herba. Bulan puasa nie bila sabtu dan ahad boring di rumah cari lah kerja yang berfaedah.

aku dah tanam sebatang pokok rosemary, basil, pokok pudina dan belalai gajah... bunyi macam setaman hahahahha cuma 4 pasu jer. nanti lah kita lihat tumbuh subur ke tidak..

Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang