MARI BERGOSIP

Ruangan yang dikhususkan untuk bergosip tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan atau yang tidak hangat. Macam melodi juga lah. Layan… Gosip itu membina minda. Itwozzzzz

BERDISIPLIN

Berdisiplin tidak kira dimana anda berada. Disiplinkan diri anda dalam perhubungan, pertuturan dan diri sendiri. Tanpa Disiplin anda MATI terkiok.... adoiiiiiiii

SANTAI DAN BERMUZIK

Apa pun masalah yang datang dalam diri anda. santaikan minda dan dengarkan muzik agar diri anda lebih terkawal. Muzik adalah obat kepada masalah minda disamping berdoa kepada yang Maha Esa.

BAWA DAKU PERGI

Jauh perjalanan luas pandangan. semakin jauh kita merantau semakin banyak ilmu yang berguna dipelajari. Jangan sia siakan hidup anda dengan mempelajari sesuatu yang baru,

KEPERITAN HIDUP

Sakit nya berurut..Jaga kesihatan anda...

Showing posts with label dera. Show all posts
Showing posts with label dera. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Taska - Kes Penderaan Anak

Pengasuh kejam di taska Taman Kota Masai,Johor Bahru.Lanjutan daripada penyebaran video di internet  yang berunsurkan penderaan di taska tersebut yang dipercayai dilakukan oleh bekas pengasuh taska terbabit,telah mengundang kemarahan orang ramai,terutamanya ibubapa mangsa. Sehubungan itu,memetik daripada akhbar berita sinarharian,memaklumkan

Pengarah Jabatan Keba­jikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.

Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya.

Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.

Hasil siasatan menda­pati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menja­tuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis, katanya kepada Sinar Harian
Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan ber­daftar dengan pihak JKM.

Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima penga­suh.

Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan
Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini,katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha terbabit mengi­kuti segala peraturan dite­tapkan menye­bab­kan me­reka layak men­dapatkan permit menja­lankan per­khidmatan itu.






Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.

Sila klik Nuffnang