Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts
Wednesday, 9 September 2015
Pengakuan bertulis Justo tunjuk usaha terperinci guling kerajaan - Ahmad Zahid
9/09/2015 12:36:00 pm
1MDB, Ahmad Zahid Hamidi, Berita Harian, NSTP, Nurul Izzah, PDRM, Polis Diraja Malaysia, Xavier Justo Andre
No comments
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat 'usaha-usaha secara terperinci' untuk menggulingkan kerajaan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.
"PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.
"Walaupun Justo menyatakan beliau hanya berniat untuk memperoleh sumber kewangan dan bukan melakukan tindakan selain daripada itu tetapi jelas terdapat usaha-usaha secara terperinci dilakukan oleh orang-orang yang disebutkan namanya.
The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada tahun 2011.
BACA: Nurul Izzah nafi sekeras-kerasnya tawar kontrak kerajaan kepada Justo
Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah US$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.
Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.
Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannnya PetroSaudi International.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengakuan-bertulis-justo-tunjuk-usaha-terperinci-guling-kerajaan-ahmad-zahid-72629
Friday, 21 August 2015
Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador
8/21/2015 01:53:00 pm
1MDB, Abdul Hamid Bador, Clare Rewcastle Brown, Khalid Abu Bakar, PDRM, Tun Mahathir
No comments
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.
The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.
Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk “menjelaskan pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri” (Datuk Seri Najib Razak).
Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama “semua bukti” agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
“Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.
Semalam Malaysiakini melaporkan yang Abdul Hamid telah meletakkan jawatan di Cawangan Khas Polis selepas menerima surat perpindahan.
Beliau yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan Polis Diraja Malaysia bagaimanapun mendakwa dia tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
Perpindahan terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tidak-akan-berpaling-tadah-terhadap-tun-mahathir-abdul-hamid-bador-70658
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edit by Danny Abdullah. Powered by Blogger.









